TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Monday 18 June 2018

YES Promosi 2018


.##" YES Promosi 2018" ###



Yess......Yess.. Ohh... No man.., 


Al kisah... tengah berkira2 nak guna line internet apa yang berbaloi... lalu terlihat iklan berikut  yang pada  awalnya merasakan lebih nilai dan untung...

Namun setelah  sebulan dua menggunakannnya, ternyata  merugikan pihak pengguna . 

Saya tak menyalahkan pihak yess tetapi  mungkin berlaku kekeliruan maklumat dipihak saya sendiri yang hanya sedar bila dah tahu kena TXXU...   huhuu.. semoga dengan adanya info di blog ini, dapat memberikan input yang berguna.... 

Untuk pengtahuan anda semua, line yess terdiri daripada  

1. Sewa line  ataupun istilahnya dipanggil "Reload/ Validity" 
   = Contoh beli RM 30  untuk 30 hari sah     
   (  masih belum boleh guna internet)

2. Beli internet ataupun istilahnya "Adds On" 
    = Contoh beli RM 30 dapat internet 10 Gb 
    ( baru boleh guna internet  untuk sebulan) ,
    tetapi jika  sewa line -Validity dah tamat, 
     internet tetap tak boleh guna.


So, kesimpulannya  anda kene  ada 1. & 2 baru boleh guna internet ....... RM30 +  RM 30 =  RM 60 !!!!

Bagi kes saya, saya beli  reload RM30 so, promosi dapat lh free RM30       ( buy 1free 1)

Tetapi RM30 yang  saya dapat tu xboleh di gunakan untuk beli Reload, perkara ini tak pula dimaklumkan kpd saya sehingga lah saya menelefon pihak Yes Care.....kata nya cuma boleh beli adds on shj..

Masalahnya  data internet masih ada, cuma validity dah expired... huhuu.... terpaksa lah top up lain semata2... nak  guna baki internet... kan dah kena tue... !!!!! ( depa kira apa kann??? ;-(  )


Korang hati2.... jgn terkona mcm den ... klaau dah faham tapi nak terkona juga .. apa boleh buek...

Sekian... maaf zahir batin yo....

roda79.blogspot.my

Sila hati2....



Salam Eid Mubarak 2018 & Tips Keselamatan Kenderaan 2018


.##" Salam Eid Mubarak 2018 & Tips Keselamatan Kenderaan 2018 " ###


Salam Eid Mubarak 2018 kpd Muslimin &muslimat.. 
Maaf zahir Batin 0-0

Sedikit perkongsian untuk posting kali ini....
Cara kawal kenderaan semasa kecemasan
ADALAH penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.

Tayar pecah
1. Pegang stereng dengan erat.
2. Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil 
    iaitu  membelok ke kiri dan ke kanan.
3. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
4. Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing 
    dan sukar  dikawal.
5. Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata 
    dan selamat untuk menukar tayar.
6. Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.

Terima Kasih & Semoga bermanfaat buat semua...




Sumber rujukan /Kredit ; e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN




Sunday 29 April 2018

Selamat Memilih & Selamat Menyambut Ramadhan 1439H/2018


.##" Selamat Memilih & Selamat Menyambut Ramadhan 1439H/2018 " ###






Agak lama menyepi..... begitulah keadaan coretan di blog ini.. Baru perasan bulan 3 /2018 belum ada sebarang posting pun... menunjukkan begitu sibuk... masa pun bergerak cepat..

Saya kira suasana di mana2 pun di Malaysia pada ketika ini, pasti tak lari daripada hiasan indah bendera2  di sepanjang jalan mahupun di pagar2 jalan. 

Menunjukkan hampirnya saat rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan bagi penggal berikutnya...

Amalan demokrasi yang sihat akan mengindahkan lagi suasana kempen dan juga proses perjalanan pilihan raya yang telus.  

Semoga negara tumpah darah tanah airku terus maju dan dilindungi Tuhan  daripada sebarang perkara2 buruk..

..... # SELAMAT MENGUNDI 2018 #

Tak lupa juga kepada muslimin & muslmat semua untuk saya mengucapkan 

****SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK...****


gambar ihsan daripada : https://beulekoksamidin.wordpress.com/


editor 
Rodablog79

Sunday 18 February 2018

Cuaca yang tidak menentu


.##" Cuaca yang tidak menentu " ###





Salam semua.., Terasa sudah agak lama tidak meng"update"  laman blog roda ni..  -busy la katakan.. :-)

Cuma nak sentuh sedikit tentang cuaca di Malaysia semenjak awal2 tahun 2018 ni. 

Jika kita perasan keadaan cuaca sangat tidak menentu.. 

Musim hujan lebat kadangkala  boleh menjadi  musim panas dan begitu lah sebaliknya..

Kadang2 sebelah pagi rasa "sejuk bebenor" hingga ada tempat2 tertentu yang mencatat bacaan suhu lingkungan 19 darjah Celsius.

Kadang2 juga kita di kejutkan dengan siri2 ribut yang memang amat mencemaskan.. 

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui segalanya..

Dalam awal tahun ini juga berlaku gerhana bulan. 

Semuanya ini seolah2 memberi kita mesej agar segera bermuhasabah diri dalam kehidupan di dunia yang sementara ini. Semoga sentiasa dalam petunjuk & rahmat Allah SWT..


                                          Cuaca Sejuk di Kuala Pilah, N.Sembilan  ( 14.1.2018)


Fenomena gerhana bulan ( 31.1.2018)

                                          Kejadian ribut di Taiping, Perak ( Februari 2018) 


Kejadian Hujan lebat di Taiping, Perak ( Februari 2018) 


Sekian. mohon maaf segalanya... #roda79.blogspot.my