TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Saturday, 5 January 2013

ADUHAI STREAMYX !!!!

Salam sejahtera....  baru ada peluang nak taip sesuatu.. Hujung bulan yang lepas, saya menghadiri suatu karnival di dewan MPT, tertarik pula dengan promosi streamyx yang sedang dijalankan. Memang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan streamyx nie.. Then semalam, 4.1.2013 datanglah kontraktor TM untuk memasang line telefon n  adsl modem, kene caj RM60. Hari nie, saya ke TM point untk minta penjelasan  apa saja tentang akaun TM saya. Baru lah terang semuanya.. mengikut penjelasan mereka pakej yang saya ambil ialah  RM60/ sebulan, bulan pertama caj deposit RM75, Duty Stam RM10, Sewa telefon utk bulan pertama RM25, so total = RM110 bagi bil bulan pertama. ( belum terima lagi, tggu n lihat) Bulan kedua, barulh RM 60 + caj bil yang di pos ( yang ini pun kita boleh jimat sebenarnya, suruh dia bagi bil guna emel). Pada kebiasaannya, bil bulan kedua ialah RM60 ++  campur dengan RM60 advance , so total= RM120. memandangkan pakej yang saya ambil masih dalam promosi, RM60 advance tidak dikenakan.cuma perlu bayar RM60 ++.  Pakej ini rupa-rupanya adalah kontrak selama setahun, so  tak boleh close akaun sesuka  hati, jika tidak, kene bayar penalti RMXXX.  Kemudian, jika kita berpindah rumah, nak bawa sekali semua telephone number , modem  caj yang dikenakan adalah RM50 + upah wiring RM50 ( bagi yang tiada line telefon). Kesimpulannya, jika ternampak apa2 promosi di luar sana, perkara pertama, siasat dahulu apa-apa yang ditawarkan, fikirkan dan buat keputusan terbaik, kalau boleh cari lagi sumber kedua maklumat untuk lebih memahami dan cari  perbezaan jika ada tentng apa yang di tawarkan... 

p/s : Apsal promoter tue tak bagi tau saya tentang:caj sewa telefon Rm25 dikenakan  utk bulan pertama, dan jika pindah number telefon katanya percuma, tetapi TM point kata kene RM50??? serta kenapa tak suruh saya daftar emel untk elakkan pengeposan bil ke rumah bagi langkah penjimatan??? :( :( :(


No comments:

Post a Comment