CERAMAH PROF. DR. DATO' HARON DIN
SYUKRAN... MASIH SEMPAT SAYA MENGHADIRI KULIAH KHAS SEMPENA PENJELASAN KALIMAH ALLAH OLEH YANG BERBAHGIA PROF. DR. DATO' HARON DIN DI SURAU TMN MAWAR, SIMPANG.. BERIKUT ADALAH KESIMPULAN KULIAH DAN PAPARAN VIDEO YANG SEMPAT DIRAKAM, SEBENARNYA ADA LAGI BEBERAPA KLIP-KLIP VIDEO LAIN, MUNGKIN JIKA ADA MASA SAYA AKAN UPDATE.. MOHON MAAF KERANA KUALITI RAKAMAN TIDAK BEGITU MEMUASKAN..
- SELAMAT MEMBACA- [ MHN MAAF JIKA ADA SEBARANG KEKURANGAN
"Saya akan mempertahankan kalimah ini hingga akhir hayat saya! Saya tak akan redha ALLAH dikufurkan, ALLAH lebih dari satu, tidak boleh!"
~ Al-Fadhil Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din hafizahullah ~
Kesimpulan yang dibuat Al-Fadhil Tuan Guru dalam menjelaskan Isu Kalimah ALLAH :
1) Nabi ﷺ mengajak kita semua masuk syurga ALLAH dengan memahami segala ajaran yang dibawa, sunnah-sunnahnya.
2) Kita perlu sangat, mengetahui jalan yang sedang kita pegang ini,
jalan yang benar atau jalan yang salah. Kalau kita tahu dan yakin jalan
yang kita sedang lalui ini jalan yang benar, kekalkan. Kalau sedar jalan
ini salah, tidak berpegang pada A-Quran, tidak berpegang dengan Sunnah,
segera kembali pada ALLAH, dan bertaubat.
3) Islam, adalah
agama ALLAH untuk kepentingan dunia manusia, dan kepentingan akhirat
manusia. Islam sahaja yang menawarkan kebahagiaan dunia dan kebahagiaan
akhirat, dengan mengutamakan akhirat. Agama lain, mereka hanya mengajak
pada dunia sahaja, mereka tidak mengajak pada akhirat.
4) Orang
yang bekerja dalam dunia ini, berusaha dalam dunia ini, berjuang dalam
dunia ini untuk kepentingan dunia sahaja, ALLAH berikan dunia kepada
mereka, tetapi akhirat, mereka rugi.
5) Orang yang bekerja
didunia ini untuk kepentingan dunia dan akhirat, dunia pun mereka nak,
akhirat pun mereka nak, dalam masa yang sama mereka memperjuangkan hak
ALLAH, mematuhi undang-undang dan hukum-NYA, orang ini ALLAH gandakan
kepada mereka hasilnya, dan diberi dunia dan akhirat.
6)
Kalimah ALLAH, tidak boleh diterjemah pada mana-mana bahasa. ALLAH tetap
ALLAH. ALLAH bersifat singular, tunggal. Tidak ada dua, tidak ada
tiga. Manusia ada dua, tiga. Tetapi ALLAH sahaja yang mempunyai kalimah
mufrad. Orang yang redha, yang membenarkan, yang menyokong Kristian
menggunakan kalimah ALLAH menggantikan 'God', mereka telah redha yang
syirik kepada ALLAH, mereka mendapat syirik sama kepada ALLAH.
Nau'zubillah.
Kalam Al-Fadhil Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din hafizahullah
Surau Al-Maarof, Simpang, Taiping,
30 Rabiul Awal 1434 Hijrah
No comments:
Post a Comment