TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Monday, 1 July 2013

CAMERON HIGHLANDS 2013



  BERTEMU KEMBALI,

APA KHABAR  SEMUA.. HARAP BAIK2 SAHAJA. N3 KALI  NAK CERITAKAN SEDIKIT TENTANG TAJUK BESAR POST INI...

SUDAH AGAK LAMA AKU TIDAK MENJEJAKKAN KAKI DI TANAH TINGGI CAMERON SEHINGGALAH SEMALAM, PADA 30HB JUN 2013 AKU BERTOLAK KE SANA BERSAMA KELUARGA. SEBENARNYA DAH LAMA PASANG NIAT NAK PERGI, CUMA MENANTI HARI JE.. HEHE.


PERJALANAN KALI INI AKAN CUBA MENGGUNAKAN LALUAN MENERUSI SIMPANG PULAI, PERAK. HMM... ANDA SEMUA BOLEH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN GOGGLE MAP UNTUK MEMBUAT ANGGARAN JARAK PERJALANAN.

ALHAMDULILLAH,  AKU SEKELUARGA SELAMAT SAMPAI  LEBIH KURANG   SEBELAS PAGI LEBIH.CUACA PUN  OK.  MEMANDANGKAN MASA UTK CHEK IN ADALAH SEKITAR PUKUL 2 PETANG,  AKU SEKELUARGA PUN MULA MENINJAU2 TEMPAT2 UNTUK DI LAWATI..

TAK BANYAKYANG DAPAT DI MUATKAN DISINI  DISEBABKAN BEBERAPA FAKTOR. YANG PASTI  KALI TERAKHIR AKU DATANG KE  TANAH TINGGI CAMERON LEBIH KURANG HAMPIR 11 TAHUN YANG LALU. MELALUI TAPAH  DENGAN SANG KANCIL KERETA  KANCIL !!!!!!

SEMEMANGNYA BANYAK BENAR PERUBAHAN  YANG BERLAKU DALAM MASA 11 TAHUN TERSEBUT.. CUMA ADA SATU PERKARA YANG AKU  AGAK MEMBOSANKAN , IAITU " JALAN JAM" HAHAHAA... BETULKAN? PADA MEREKA YANG PERNAH KE SINI, TENTULAH LEBIH FAHAM.  NAK PARKING KERETA PUN AGAK SUKAR.

AKU SEKELUARGA MENGINAP DI RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN, BERDEKATAN DENGAN BANDAR TANAH RATA. BOLEHLAH  DENGAN HARGA DAN FASILITI YANG DITAWARKAN.. HARAP2 LAIN KALI DAPAT BOOKING LAGI...

BANYAK TEMPAT YANG MENARIK, NAK CERITA PUN PANJANG SANGAT... HEHE, ANTARA NYA CAMERON LAVENDER, TMN RAMA2, LADANG TEH,  ROSE CENTRE, KEA FARM, KEBUN2 STRAWBERI, AKU  RASA KALAU TAMAN2 STRAWBERI NI , BOLEH JUMPA DI MERATA2 TEMPAT DI CAMERON HIGHLAND. KENAPA MEREKA TAK CUBA PULAK TANAM ANGGUR HITAM KE,  BUAH EPAL WASHINGTON KE, BUAH PIR KE... HAHAA.. BARULAH COLORFUL... YE TAK..??

LAGI SATU PEMANDANGAN YANG AGAK MENYAKITKAN MATA, ADALAH BEGITU BANYAK BUKIT2 DI BUKA DAN DIGONDOLKAN BAGI TUJUAN2  PEMBUKAAN KEBUN2 SAYUR DSB SERTA  PEMBINAAN BANGUNAN...  AKU RASA LAMA KELAMAAN PERKARA INI BOLEH MENGUNDANG BAHAYA. DALAM  PERJALANAN AKU BALIK TADI PUN BERLAKU MENDAPAN TANAH A.K.A TANAH RUNTUH DI TEPI JALAN, TANAH TU JATUH SEKALI DENGAN JALAN TAR NYA.. SUNGGUH MENGERIKAN..!!!

KESIMPULANNYA, CAMERON HIGHLAND MERUPAKAN TEMPAT YANG MASIH LAGI TENANG, SEJUK DAN NOSTALGIA BUAT AKU SEKELUARGA... BEGITU INDAH ALAM CIPTAAN ALLAH SWT, CUMA KADANGKALA TANGAN2 MANUSIA LAH YANG MEROSAKKAN KEINDAHAN2 TERSEBUT.. SEKIAN TERIMA KASIH.
TERBAIK DARI LADANG .... :-)


PINTU MASUK... KENA BAYAR  BELI TIKET

BERAPA LA USIA  "DINASOUR"  NI YE..? :-)

SEDANG MENJALANKAN TUGAS RASMI SEBAGAI SANG RAMA-RAMA!!!

KEMBANG MEWANGI !!!


JOM MEMBELI BELAH... RASANYA  HARGA BARANG    KAT  "SINI"  ANTARA YANG TERBAIK..!!

ALAMAK ! JAM LAGI LA... :-(

SUASANA YANG SUNGGUH MENDAMAIKAN ..  !!      










No comments:

Post a Comment