TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Thursday, 18 July 2013

PRIVACY @ FACEBOOK A.K.A MUKA BUKU

BERTEMU KEMBALI,


SEMALAM SEWAKTU SAYA SEDANG MEMBUKA FB, TERBACA PETIKAN BERIKUT..
"Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, kita mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.

Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.

Letakkan kursor anda ke atas gambar profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan kursor ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ dan 'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.

Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda   "

PERSOALANNYA, SEJAUH MANAKAH KITA MEMPERCAYAI KE"PRIVACY"AN FB NIE.. MAKSUD SAYA, ADAKAH MAKLUMAT ANDA DALAM FB INI TERKAWAL  PRIVACY NYA?

HMM.. BAGI PANDANGAN SAYA, FB SUATU MEDIUM UNTUK KITA  BER HUBUNG ANTARA SATU SAMA LAIN DISAMPING MENDAPAT PELBAGAI MAKLUMAT SEMASA..

TAPI JIKA KITA MENGGUNAKAN MEDAN FB INI UNTUK MENGUPLOAD APA2  "PERKARA " ATAU "BENDA" YANG DI KLASIFIKASIKAN  SEBAGAI PRIVACY.... OOPSS!! BETULKER.?  ,,  MMG TIADA ISTILAH SELAMAT...

SEDANGKAN PASSWORD FB PUN BOLEH DI CURI DENGAN HANYA MENGETAHUI EMEL SESEORANG, APATAH LAGI PERKARA2 LAIN..  LU FIKIRLAH SENDIRI ...( ayat Nabil)

ANDA BOLEH CARI SENDIRI MAKLUMAT2 INI DENGAN MEMINTA BANTUAN MR. GOGLE.... :-)

 DISINI ADA BEBERAPA PAUTAN YANG DAPAT MEMBERIKAN KITA SEDIKIT INFO TENTANG PERKARA YANG SAYA MAKSUDKAN ITU...

http://www.beritakini.net/keselamatanfacebook.htm

http://grahamcluley.com/2013/07/facebook-graphic-app-privacy-hoax/



SUMBER  IMEJ: https://www.google.com/search?




No comments:

Post a Comment