BERTEMU KEMBALI
3 KE 4 HARI LEPAS , KEADAAN KESIHATAN AKU TIDAK BEGITU BAIK, BATUK DAN SAKIT TEKAK YANG MELANDA... DALAM ISLAM, PENYAKIT JUGA MERUPAKAN KAFARAH DOSA KITA YANG LEPAS2, YE TAK.? JADI KENA LA BANYAK2 BERSABAR DISAMPING BERIKHTIAR MENCARI UBAT DAN PENAWAR.
"N3" KALI NIE BUKANLAH AKU NAK BEECERITA TENTANG PENYAKIT TERSEBUT TETAPI MENGENAI SEBUAH TEMPAT RAWATAN . SELALU AKU TERNAMPAK SIGN BOAD DI BAHU2 JALAN TENTANG "KLINIK 1 MALAYSIA"HMM, MUNGKIN AKU BOLEH CUBA KALI NIE KE KLINIK TERSEBUT UNTUK MENGETAHUI SENDIRI ADAKAH SERVIS YANG DIBERI SERUPA SEPERTI KLINIK2 KERAJAAN YANG BIASA ATAU PUN LEBIH BAIK.
PADA MULANYA, AKU BERCADANG UNTUK PERGI PADA PAGI HARI. SAMPAI JE DI DEPAN KLINIK TUE, TERNAMPAK PULA MAKLUMAT BERIKUT;-
WAKTU OPERASI: ISNIN - AHAD :
WAKTU:- 10 PAGI SAMPAI 10 MALAM
HMM, MAKNANYA DARI SEGI WAKTU KITA DAH BOLEH DATANG PADA WAKTU MALAM,
MAKA DISEBABKAN KESIBUKAN SEDIKIT PADA WAKTU PAGI, JAM PULA MENUNJUKKAN BARU 9.30 PAGI KLINIK NIE MASIH BELUM DIBUKA, MAKA AKU PUN TANGGUH LA DULU.
SEBAIK JE HABIS KERJA, AKU PUN MENGUNJUNGI KLINIK TERSEBUT YANG TAK BERAPA JAUH DARI RUMAH.
AKU AKHIRNYA SAMPAI, LEBIH KURANG PUKUL 7 MALAM LEBIH, . SETELAH MEDAFTAR DENGAN BAYARAN RM 1, AKU PUN MENUNGGU GILIRAN UNTUK DI PERIKSA. SETELAH SELESAI, MENUNGGU PULA UNTUK AMBIL UBAT. TOTAL JUMLAH MASA ADALAH LEBIH KURANG 15 KE 20 MINIT SAHAJA. MUNGKIN JUGA DISEBABKAN KURANG PESAKIT PADA WAKTU TERSEBUT.
SETELAH MENDAPATKAN UBAT, AKU PUN BALIK, BAGI AKU, IANYA SERVIS YANG CEPAT DAN MENJIMATKAN MASA. KETIKA AKU SEDANG MEMBELEK2 UBAT YANG DIBERI, TERCATAT JUMLAH HARGA PADA PEKET2 UBAT. MUNGKIN DIA SAHAJA NAK MEMBERITAHU KITA TENTANG HARGA UBAT-UBATAN TERSEBUT . TAPI TAK KENA BAYAR PUN, :-) SATU PENJIMATAN, KALAU BELI UBAT BATUK KER DI KEDAI2 LUAR, DAH TENTU TERBANG DEKAT2 RM 10.
CUMA KAT KLINIK YANG AKU PERGI NIE, TIADA PLASTIK BEG UNTUK KITA ISI KAN UBAT2 TERSEBUT, SO, PANDAI2 LAH MENYIMPAN, JANGAN TERCICIR, UDAH LE YE.. :-)
MUNGKIN AKU AKAN PERTIMBANGKAN UNTUK DATANG LAGI KE KLINIK NIE. BAGAIMANA DENGAN KUALITI UBAT2NYA? HAA, YANG NIE TAK BOLEH CERITA DULU, KENA SELESAIKAN MAKAN UBAT2 TERSEBUT MENGIKUT DOS2 YANG DI SYORKAN.
AKHIR KATA, JAGALAH KESIHATAN ANDA SEMUA, SEKIAN.
sumber: https://www.google.com.my |
P/S : MAAF GAMBAR TAK SEMPAT NAK SNAP...
No comments:
Post a Comment