TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Tuesday 31 December 2013

CELOTEH PENGHUJUNG TAHUN 2013...

SALAM MAYA & BERTEMU KEMBALI...

DALAM WAKTU CUTI YANG SUDAH DI PENGHUJUNGNYA NIE PUN KADANG KALA  MASIH TERASA SIBUKNYA JUGA. MACAM2 BENDA YANG HENDAK  DIBUAT. SO, KITA KENA BIJAK MEMBUAT SEBARANG PLANNING UNTUK MENGISI MASA YANG TERLUANG DAN BERNILAI NI. ENTRY PADA KALI NIE  AKU NAK STORY TENTANG PERKARA MEMBELI ATAU MEMPERBAHARUI INSURAN KERETA. APA MASALAHNYA YE?. AKU SEBENARNYA DAH PUN SELESAI  RENEW INSURANS DAN ROADTAX PADA BULAN SEPTEMBER 2013 YANG LEPAS.

ANTARA ASPEK PENTING YANG PERLU KITA  PERTIMBANGKAN  SEBELUM KITA NAK RENEW INSURAN ADALAH JUMLAH/ NILAI HARGA KERETA SEMASA ATAU JUGA DISEBUT SEBAGAI "MARKET VALUE" . ( SELAIN DARIPADA FULUS :-) ]. PERKARA INI MEMANG RUMIT. SUKAR KITA NAK BUAT ANGGARAN YANG TEPAT TENTANG NILAI SEMASA  ATAU "MARKET VALUE" KENDERAAN KITA. 

 ADALAH LEBIH BAIK KITA BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK BANK BAGI MENENTUKAN HARGA SEMASA KENDERAAN KITA. KEMUDIAN HARGA TERSEBUT PERLULAH DISEMAK PULA DENGAN PIHAK INSURANS YANG AKAN KITA BELI POLISINYA BAGI MELINDUNGI KENDERAAN KITA. INI BAGI MEMASTIKAN KITA ADALAH SECURE ATAU  SELAMAT DARIPADA MENANGGUNG KOS YANG TINGGI , JIKA BERLAKU MASALAH "TOTAL LOST". 

LOGIKNYA, HARGA KENDERAAN YANG KITA GUNA, AKAN TURUN PADA  SETIAP TAHUN, MANA ADA HARGA KENDERAAN AKAN MELONJAK NAIK SEPERTIMANA  HARGA RUMAH YANG  KITA BELI . SO, JIKA HARGA PERLINDUNGAN  KENDERAAN / INSURANS YANG KITA BELI ITU ITU MELEBIHI DARIPADA HARGA KENDERAAN SEMASA, KITA PATUT SIASAT DAN MINTA MEREKA/ PIHAK INSURANS  BUAT PENERANGAN BALIK PADA KITA .

SEPERKARA LAGI IALAH, PASTIKAN NILAI YANG KITA INSURANSKAN ITU PERLU MENGIKUT NILAI YANG DIPERSETUJUI OLEH PIHAK INSURANS. BIASANYA, PIHAK INSURANS  ADA SENARAI SEMAK/RUJUKAN  TENTANG HARGA SEMASA PELBAGAI JENIS KENDERAAN.

BUKANNYA APA, IANYA  BERTUJUAN BAGI MEMASTIKAN TIADA MASALAH BAGI TUNTUTAN DARIPADA PIHAK KITA KEPADA PIHAK INSURANS SEANDAINYA  BERLAKU "TOTAL LOST".

SEKIRANYA HARGA INSURANS YANG KITA BELI  ITU TIDAK MENGIKUT "STANDARD" HARGA MEREKA/PIHAK INSURANS, DITAMBAH  PULA  BERLAKU  MASALAH "TOTAL LOST" DAN  KITA PULA MAHU MEMBUAT CLAIM  PADA MEREKA ( PIHAK INSURANS KENDERAAN),  MAKA, PIHAK INSURANS HANYA AKAN MEMBAYAR KURANG DARIPADA HARGA SEMASA ATAU "MARKET VALUE" KENDERAAN KITA,  MANAKALA BAKI SELEBIHNYA KITA LA YANG TERPAKSA MENANGGUNG.  PIHAK INSURANS MENGGUNAKAN ALASAN "UNDER INSURED" BAGI SITUASI DIATAS .  SO,  LEBIH BAIK KITA AMBIL SERIUS DALAM HAL INI.


P/S :  "TOTAL  LOST " BERMAKSUD KEADAAN DIMANA, KENDERAAN KITA HILANG  DICURI ORANG DAN TAK JUMPA2 DAH, ATAUPUN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN BURUK & LANGSUNG SUDAH TIDAK BOLEH BERFUNGSI LAGI, BAHASA MUDAHNYA IALAH KERETA DAH JADI BESI BURUK .... :-) MOHON MAAF JIKA ADA KESILAPAN DALAM ENTRY NI YE.

GAMBAR SEKADAR HIASAN JE... PILIHLAH INSURANS YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA !!!

No comments:

Post a Comment