TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 23 February 2014

SERVIS KARAT


SALAM MAYA DAN BERSUA KEMBALI,

YA, RASANYA ADA BAHAN PADA PETANG INI UNTUK DICORETKAN DI RUANG MAYA BLOG RODA INI. BEGINI, PADA JUMAAT YANG LEPAS, AKU TELAH MENGHANTAR KERETA BAGI TUJUAN MINOR SERVIS. SEBELUM TU, AKU SUDAH CALL SC ( SERVICE CENTRE) UNTUK  PADA TARIKH TERSEBUT.  BILA  NAK BUAT SERVIS KERETA NIE, AKU TERLEBIH DULU BUAT SEDIKIT SERVEY DAN MERUJUK PADA CATATAN & REKOD2 SERVIS TAHUN LEPAS. CARA INI BUKAN SAHAJA DAPAT MEMASTIKAN KITA MENUKAR "BENDA2" YANG PERLU SAHAJA TANPA MEMBAZIR DISAMPING DAPAT MENJIMATKAN BAJET. TAPI JIKA ADA CARA LAIN YANG LEBIH BAIK , TIADA MASALAH. SUDAH MASUK TAHUN KE-6 AKU MENGHANTAR KERETA UNTUK DI SERVIS DI SC PROTON. SEMEMANGNYA CAJ UPAH MEREKA BOLEH DIKATAKAN MAHAL DITAMBAH PULA DENGAN CAJ GST 6%. KADAGKALA MEMBUATKAN AKU TERFIKIR 2 KALI NAK HANTAR KERETA KE SINI. JIKA KITA HANTAR KE KEDAI/ WORKSHOP KERETA YANG LAIN, RASANYA LEBIH JIMAT. MUNGKIN MASALAH UTAMANYA ADALAH NAK MENENTUKAN SAMADA WORKSHOP ITU MENGGUNAKAN BARANG2 GANTIAN ORIGINAL/TULEN ATAU TIRUAN. INI PENTING KERANA JIKA APA2 BERLAKU PADA KERETA KITA TIADA JAMINAN DARIPADA MEREKA. BERBANDING DENGAN PIHAK SC PROTON, MEREKA BERI JAMINAN 3 BULAN. HMM... MUNGKIN INI JUGA STRATEGI BIZNES MEREKA!!!! MANA KITA TAHU...

BUAT MASA NIE, MINYAK ENJIN YANG ORI KITA BOLEH PEROLEHI DARIPADA KEDAI2 DI STESEN MINYAK, PASARAYA TERKEMUKA .DEPA KATA TAKKAN PASAR RAYA TERKEMUKA NAK JUAL BARANG TIRUAN KOT ! ATAU KEDAI2 YANG TELAH DI RECOGNISED SEBAGAI AUTHORISED DEALER OLEH SYARIKAT2 PENGELUAR MINYAK ENJIN.  MANAKALA SPARE PART, BAGI AKU KITA TIADA PILIHAN SELAIN BELI DI SC PROTON. DI KEDAI2 SPARE PART KERETA MMG ADA JUAL TETAPI TAK BEGITU MENYAKINKAN LA.

MUNGKIN SELEPAS INI, AKU NAK BELI MINYAK ENJIN SENDIRI + SPARE PART DARIPADA SC PROTON DAN HANTAR KERETA KE KEDAI2 WORKSHOP LUAR.( WORKSHOP PUN KENA SURVEY DAN TENGOK JUGA).

SEBENARNYA SEWAKTU AKU MEMBELEK2 BAHAGIAN2 ENJIN TEMPOH HARI ,AKU TERNAMPAK KESAN KARAT PADA "ARM" DI BHGN BWAH. INI DISEBABKAN OLEH GETAH SALIR KELUAR AIR LEBIHAN AIRCOND TELAH DILETAKKAN DI SITU. JADI, GETAH YANG AGAK PENDEK ITU, MENYEBABKAN AIR LEBIHAN YANG KELUAR, AKAN TERKENA PADA "ARM" TERSEBUT SETERUSNYA BARULAH MENITIK KE BAWAH. MUNGKIN DISEBABKAN IANYA SUDAH BERLAKU AGAK LAMA SEHINGGA KESAN KARAT ITU TERBENTUK. NASIB BAIK IANYA BELUM KE TAHAP SERIUS SAMPAI "ARM" TERSEBUT BERLUBANG ATAU PECAH.

JADI, SAMBIL AKU MENGHANTAR KERETA UNTUK DIBUAT SERVIS MINOR, AKU MAKLUMKAN PADA SERVICE ADVISOR (SA) UNTUK MEMBETULKAN PERKARA TERSEBUT DENGAN MENAMBAHKAN LAGI KADAR KEPANJANGAN GETAH DAN MENGECAT BAHAGIAN ARM YANG TELAH BERKARAT ITU. AKU JUGA MEMAKLUMKAN KEPADA SA TERSEBUT TENTANG MASALAH BRAKE YANG TELAH AKU SERVIS TEMPOH HARI MASIH KADANGKALA BERBUNYI. MAKA SA TERSEBUT AKAN MAKLUMKAN BALIK PADA JURUTEKNIK A.K.A POMEN YANG BERWAJIB.. :-) SEBENARYA JIKA KITA NAK HANTAR KE SC NIE BIARLAH BANYAK "ITEM" YANG KITA NAK BGTAU PADA MEREKA. JIKA SEKADAR SERVIS TUKAR MINYAK DAN SERVIS MINOR  SAHAJA, CAJ UPAH YANG DIKENAKAN RASANYA MEMANG AGAK MAHAL BERBANDING DI LUAR.

SO, LIHATLAH GAMBAR DIBAWAH. MUNGKIN PARA PEMBACA DAPAT MEMAHAMI MASALAH YANG AKU CORETKAN PANJANG LEBAR. TOTAL "DAMAGE" ADALAH RM 111.50 TIDAK TERMASUK HARGA MINYAK ENJIN.



P/S: MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH....

2 comments:

  1. Ida tak reti pasal maintenance keta ni... tahu bawak jer hehehe

    ReplyDelete
  2. Eh, ye ke..? tak pe.. Selamat datang ke blog roda79 nie...

    ReplyDelete