TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Friday, 28 March 2014

BERLABUH DI PULAU LANGKAWI

SALAM MAYA.

BERTEMU KEMBALI.... "ENTRY" KALI NIE ADALAH BERTAJUK "BERLABUH DI PULAU LANGKAWI "  SUDAH LAMA PERANCANGAN UNTUK KE PULAU BERTUAH INI SUDAH TERGENDALA. MAKA PADA HARI ISNIN YANG LEPAS,(24 MAC 2014) AKU PUN BERGERAK UNTUK KE PULAU LAGENDA TERSEBUT. AKU MENGAMBIL LALUAN MENERUSI JETI KUALA PERLIS UNTUK TIBA DI PULAU LANGKAWI. SETELAH BERSESAK-SESAK MENAIKI FERI DAN MASA PUN BERLALU LEBIH KURANG SEJAM LEBIH, MAKA AKHIRNYA DAPATLAH JUA AKU MENJEJAKKAN KAKI DI PULAU YANG BANYAK HELANG NI. YE KE.? YANG PASTI SEBAIK SAHAJA TIBA DI SINI, KITA DIHIDANGKAN DENGAN PEMANDANGAN LAUTNYA YANG BEGITU INDAH. SUBHANALLAH !. MAKA, BADAN SUDAH PASTI LETIH KERANA TELAH MENEMPUHI PERJALANAN YANG AGAK JAUH. AKU MENDAPATKAN TEKSI UNTUK KE PENGINAPAN DI HOLIDAY VILLA. SECARA KEBETULAN , AKU TERSEREMPAK PULA DENGAN RAKAN LAMA YANG TELAH BERPINDAH UNTUK BERTUGAS DI PULAU LANGKAWI, INI MENAMBAHKAN LAGI NILAI PERCUTIAN AKU. BAGI AKU, PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI SEMEMANGNYA MENYERONOKKAN.KITA BOLEH MEREHATKAN MINDA MELUPAKAN SEKETIKA KESIBUKAN BEKERJA DAN YANG LEBIH PENTING BETAPA KITA DAPAT MERASAI KEHEBATAN CIPTAAN ALLAH SWT SETERUSYA BENAR2 MENGINSAFKAN KITA.

INI LAH RUPANYA FERI KE  PULAU LANGKAWI!

DATARAN HELANG MERUPAKAN IKON PULAU LAGENDA INI.

UNIK & CANTIK SUNGGUH . SPESIS AYAM ATAU BURUNG NIE..?

UNIK !

INDAHNYA BATU KARANG !!!
P/S : MHN MAAF JIKA ADA SILAP DALAM N3 KALI NIE...

No comments:

Post a Comment