TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 11 May 2014

"SELAMAT HARI IBU " :-)

SALAM MAYA...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA PARA IBU YANG BERADA DI LUAR SANA......

DIPETIK DARIPADA SUMBER:  http://agendasemasa.com/tarikh-hari-ibu-2014-di-malaysia#ixzz31O82Bu4U
selamat hari  ibu !!!!


Tarikh Sambutan Hari Ibu 2014 Malaysia

Di Malaysia, tarikh sambutan hari ibu 2014 akan disambut pada 11 Mei 2014 bersamaan dengan hari Ahad minggu kedua tahun 2014.
Namun, sebagai orang yang beragama Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24 Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
-HARGAILAH IBU KITA-
P/S : MOHON MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

No comments:

Post a Comment