TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Monday, 9 June 2014

KES MENUKAR MINYAK GEAR KERETA

SALAM MAYA, BERTEMU KEMBALI..

DALAM SEDIKIT KESIBUKAN DENGAN TUGASAN HARIAN, MASIH MEMPUNYAI RUANG DAN PELUANG UNTUK BERBLOGGING..
UNTUK POST KALI INI, ADA BAIKNYA AKU BERCERITA TENTANG SERVIS KERETA  YANG TELAH DIBUAT BEBERAPA HARI YANG LEPAS.

KETIKA MEMANDU KERETA, AKU MERASAKAN ADA YANG TAK KENA DENGAN GEAR KERETA. SEOLAH-OLAH TERDENGAR SEDIKIT BUNYI YANG TIDAK MENYENANGKAN. IA BERLAKU KETIKA AKU MASUKKAN GEAR REVERSE. KRUKUK... KUK.. LEBIH KURANG MACAMTULAH BUNYI TERSEBUT. MAKA AKU PUN SEGERA MEMERIKSA CATATAN DAN REKOD SERVIS KERETA YANG SEMEMANGNYA AKU SIMPAN ELOK2.

BUKAN APA TAKUT BERLAKU PEMBAZIRAN. CONTOHNYA , KITA MENUKAR BENDA YANG SAMA DALAM TEMPOH YANG SINGKAT. KLAU BENDA TUE DAH DITUKAR, PASTINYA ADA TEMPOH HAYAT YANG TERTENTU. BETUL TAK..? LAGI SATU JIKA BENDA ITU TELAH DIREKOMEN OLEH PUSAT SERVIS ATAU MANA2 POMEN UNTUK DITUKAR , KITA BOLEH CAKAP, " EH, BARU JE TUKAR !' ....  :-)


SEBAIK SAHAJA AKU MENELEFON PUSAT SERVIS PADA HARI SEBELUM KE BENGKELNYA, AKU DAH DAPAT MENGESAHKAN HARGA YANG BAKAL DIKENAKAN. INI PENTING SUPAYA KITA BERSEDIA  DENGAN KEWANGAN DAN BAJET. KATANYA MINYAK GEAR 3 BOTOL (3LITER) BERHARGA LEBIH KURANG RM 120++. MANAKALA UPAHNYA PULA RM15. KELMARIN AKU PERGI TANYA DEKAT BENGKEL LAIN, DIA PUN CAJ UPAH LEBIH KURANG MACAM NI JUGA.

KEESOKAN HARINYA, AWAL2 PAGI LAGI AKU DAH KE PUSAT SERVIS. SAMPAI2 JE AKU DAPAT NOMBOR GILIRAN YANG  KE 14. RUPA2NYA RAMAI LAGI YANG LEBIH AWAL DARIPADA AKU. FUH! JENOH JUGA NAK TUNGGU NIE. HMM XPE LA, NAMPAK MACAM SERVIS  DIOARANG NI AGAK LAJU JUGA. KEMUDIAN, DIA BAGI KUPON UNTUK MINUM,KALAU NAK  MAKAN,  KENA LA BAYAR SENDIRI KAT CAFE DI PUSAT SERVIS TERSEBUT.

SEBELUM PUKUL 11 PAGI, KERETA AKU DAH PUN SIAP DITUKAR MINYAK GEARNYA . KETIKA HENDAK BAYAR, AKU SEMPAT CHECK PADA RESIT,MAKA BERLAKU LAH SEDIKIT DIALOG, LEBIH KURANG MACAM DI BAWAH NIE.

AKU: EH!SEMALAM SAYA TEL. HARGA UPAH UNTUK TUKAR MINYAK GEAR ADALAH RM15, KENAPA LEBIH PULA YE.?
XX: YE KE? KEJAP SAYA PERGI TANYA. ( BEBERAPA MINIT KEMUDIAN DIA DATANG BALIK DAN MEMBUAT PELARASAN DI KOMPUTERNYA)
XX: INI RESITNYA YA.
AKU. ( HMM. BARU BETUL ). OK

SAMPAI JE KAT RUMAH, AKU PUN TERLIHAT 3 BOTOL MINYAK GEAR YANG TELAH DI GUNAKAN TADI. KETIKA HENDAK BUANG BOTOL2 TERSEBUT, AKU TERPERASAN ADA SATU BOTOL TUE MASIH BARU DAN BELUM DIBUKA "SEAL" DI BAHAGIAN ATAS. ALAMAK, POMEN NI LUPA ATAU TERLEBIH BAGI MINYAK..? KETIKA AKU MENELEFON BALIK PUSAT SERVIS TERSEBUT, HASIL PERTANYAAN AKU, DI JAWAP OLEH PUSAT SERVIS IALAH BOTOL YANG BELUM BERUSIK TUE, BOLEH DIHANTAR BALIK UNTUK DAPATKAN BALIK DUIT AKU. KEMUDIAN TAK PUAS HATI, CAKAP SECARA TERUS DENGAN POMEN YANG BUAT KERJA MENUKAR MINYAK GEAR TADI. DIALOGNYA LEBIH KURANG MACAM DIBAWAH:-

AKU: BETUL KE MINYAK GEAR TADI TAK CUKUP 3 LITER?
POMEN: YA, MINYAK GEAR TADI TAK SAMPAI 3 LITER, ADA LEBIH LA.
AKU: KONFIRM KE NIE..? SAYa BIASA SERVIS MEMANG GUNA 3 LITER.
POMEN: BETUL, DAH PENUH NANTI JIKA BUBUH 3 LITER, MUNGKIN GEAR JADI "BERAT".

MAKA AKU PUN DATANG BALIK KE PUSAT SERVIS UNTUK PULANGKAN BALIK MINYAK GEAR YANG DIA KATA "TERLEBIH". KETIKA SAMPAI, SEORANG ADVISOR/ PENYELIA KAT SITU JUMPA AKU BAGI TAU, MINYAK GEAR MESTI 2.9 LITER, TAK BOLEH KURANG. KEMUDIAN DIA BAWA KERETA AKU UNTUK PERGI CHECK DAN REFILL BALIK MINYAK GEAR TADI.

SETELAH SELESAI, PENYELIA TADI MEMBERITAHU AKU BAHAWA, POMEN YANG BUAT PENUKARAN MINYAK GEAR TADI TELAH TERSILAP.HMM..
XPE LAH JANJI DIA DAH BERANI MENYATAKAN KEBENARAN. HARAP2 SEMUANYA OK..

Gambar ihsan daripada blogger http://firestartingautomobil.blogspot.com/
p/s : mohon maaf jika silap n salah...

No comments:

Post a Comment