TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 29 June 2014

TABUNG HAJI ONLINE

SALAM MAYA..

BERSUA KEMBALI, HARI NIE UMAT ISLAM SUDAH MULA BERPUASA BAGI MENUNAIKAN SALAH SATU DARIPADA RUKUN ISLAM YANG LIMA. SEMOGA KITA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA INI DENGAN SEBAIK DAN SESEMPURNA YANG MAMPU. AMIIEN.

BLOGGER RODA79, INGIN MENGUCAPKAN " SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KAREEM" DAN
"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA" KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

KELMARIN SEWAKTU AKU BERURUSAN DENGAN PIHAK TABUNG HAJI, AKU MENDAPAT INFO TENTANG SISTEM ONLINE TABUNG HAJI YANG TERKINI. SISTEM ONLINE NIE BUKAN SAHAJA MEMUDAHKAN MALAH DAPAT MENJIMATKAN MASA KITA SEANDAINYA INGIN MEMBUAT PELBAGAI JENIS TRANSAKSI SEPERTI MEMERIKSA BAKI AKAUN, MENDAFTAR HAJI, MENCETAK PENYATA DAN BANYAK LAGI LA.. 

SEBELUM INI PERKHIDMATAN TABUNG HAJI SUDAH PUN BOLEH DIAKSES MENERUSI ATM TERPILIH SEPERTI MAYBANK. HMM,, LEPAS NIE MUDAH LA URUSAN KITA. KITA BOLEH TRANSFER DUIT DARIPADA AKAUN BANK (MAYBANK) TERUS KE AKAUN TABUNG HAJI.

DENGAN ADANYA SISTEM ONLINE NI, SECARA TERUS KITA BOLEH CHECK TRANSAKSI TERSEBUT TANPA MENGGUNAKAN BUKU.


PENDEK KATA, JIKA MELIBATKAN PENGELUARAN WANG SAHAJA ATAU MASALAH YANG TERTENTU SAHAJA BARULAH KITA KE KAUNTER TABUNG HAJI.

SEKIRANYA KITA INGIN MENDAFTAR BAGI MENGGUNAKAN SISTEM ONLINE NI, KITA PERLULAH MEMOHON NO PIN  DI KAUNTER TABUNG HAJI SEBELUM MENDAFTAR SECARA ONLINE MENERUSI TALIAN INTERNET  DI :-  
                  https://www.mytaha.com.my/index.html

MUDAH KAN..? CUMA KENA HATI2 DENGAN USERNAME DAN PASSWORD KITA. TAKUT KENA SCAM ATAUPUN FRAUD DI ALAM MAYA. ( PENIPUAN INTERNET )

HARAP2 DIMASA AKAN DATANG, PIHAK LEMBAGA TABUNG HAJI DAPAT PULA MENGELUARKAN KAD SEPERTI KAD ATM TUE UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN PENGGUNA. TAHNIAH KEPADA PIHAK TABUNG HAJI.

SISTEM ONLINE TABUNG HAJI.... :-)

ANDA NAK GUNA?? KENA LA BERDAFTAR ...

MEMUDAHKAN URUSAN BAGI ORANG2 YANG SEPERTI KU..:-)


P/S : MHN MAAF JIKA ADA KESILAPAN DALAM MAKLUMAT DIATAS.

No comments:

Post a Comment