TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Thursday, 17 July 2014

PESAWAT MAS MH17 TERKINI




SALAM MAYA,

DALAM MASA YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI 1 SHAWAL NIE, PAGI TADI TERBACA PULA BERITA SEDIH BERKENAAN DENGAN PESAWAT MAS  MH17. BELUM PUN REDA PERISTIWA MH370, KITA DIKEJUTKAN LAGI DENGAN PERISTIWA TRAGIS.


 
SUMBER VIDEO : BLOGGER OMAKKAU.BLOGSPOT VIA YOUTUBE.

MENURUT LAPORAN BERITA,  PESAWAT MH17 DIKATAKAN TELAH DITEMBAK JATUH DI UKRAINE SEMASA DALAM PERJALANANNYA DARIPADA AMSTERDAM , BELANDA KE KUALA LUMPUR, MALAYSIA.  MEMBAWA PENUMPANG SERAMAI 295 ORANG. ANDA BOLEH BACA BERITA TERSEBUT PADA PAUTAN INI 
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pesawat-penumpang-malaysia-terhempas-di-ukraine-1.300697

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
Wartawan Sinar Harian
18 Julai 2014
                              Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine    
KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.

“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.
Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”
Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.



PASTINYA BERITA INI MENGGEMPARKAN MASYARAKAT MALAYSIA KHASNYA KHUSUSNYA BAGI AHLI-AHLI KELUARGA YANG TERLIBAT.  SEMOGA MEREKA TABAH MENGHADAPI BERITA SEDIH INI.
 
SALAM TAKZIAH BUAT SEMUA AHLI KELUARGA MANGSA MH17.





P/S : HIDUP PENUH UJIAN, DUGAAN DAN CABARAN... MOHON MAAF JIKA ADA TERSILAP DAN SALAH

No comments:

Post a Comment