TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 17 August 2014

REVERSE SWITCH 2014

SALAM MAYA DAN BERTEMU KEMBALI...

SEBENARNYA "ENTRY" KALI NIE MEMANG SUDAH LAMA HENDAK DI CORETKAN, CUMA KEADAAN YANG TIDAK BEGITU MENGIZINKAN. NAMUN BEGITU, KU GAGAHI JUA UNTUK MENCORETKAN SESUATU DI DALAM BLOG INI UNTUK TATAPAN SEMUA.

PADA MASA BULAN PUASA HARI TU, AKU TERPERASAN SEMASA AKU ME"REVERSE" KAN KERETA KETIKA HENDAK  "PARKING" DI PASAR, TIADA KEDENGARAN BUNYI SENSOR MEMBERI "ALERT". LALU APABILA BALIK, AKU MEMERIKSA LAMPU REVERSE.  ALAMAK, SAH LAMPU PUN TAK MEYALA. LALU AKU PUN MENCARI SEDKIT MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN MASALAH NIE.

HASILNYA, AKU MENDAPATI, SEJENIS "PART" NAMA DIA ADALAH "REVERSE SWITCH" BERKEMUNGKINAN TELAH ROSAK.

MAKA AKU CUBA MENELEFON SERVICE CENTRE BERTANYAKAN HARGA TERMASUK UPAH MENUKAR "PART" TERSEBUT. HARGA YANG DINYATAKAN OLEH PIHAK SC ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

RM 200 ++ TERMASUK UPAH..

WOW!! MAHAL JUGA "SUIS" NIE YE... LANTAS AKU KEMUDIANNYA CUBA MENELEFON KEDAI "SPARE PART" UNTUK BERTANYAKN HARGA & BARANG TERSEBUT, MANA TAHU  KOT2 BOLEH "SAVE".  HEHEHE.  :-)

AKU: HALO TOKEY!!  MAU TANYA SKEET.. KERETA ___  PUNYA "REVERSE SWITCH   
           BERAPA HARGA EK..?
TOKEY; SEKEJAP AA....  XXX ....  HARGA DIA RM 46 ++
AKU: OK, TQ

KETIKA ADA MASA TERLUANG SKEET, AKU CUBA BAWA KERETA KE BENGKEL BERDEKATAN UNTUK MENUKAR "REVERSE SWITCH " TERSEBUT.


SAMBIL2 TUE SEMPAT JUGA SURUH PAKCIK POMEN CHECK BRAKE DISC DEPAN YANG HARI TU DAH NAIK ASAP. HEHE .MENURUT BELIAU, JIKA TURUN BUKIT, KERAP GUNA BRAKE, MEMANG BIASA LA TERJADI SEPERTI ITU. KALAU TAK NAK BERASAP, CUBA GUNA "LOW GEAR".  DIA CUMA SEMBUR ANGIN BUANG HABUK SAHAJA..

NASIB BAIK TAK "JAM" BRAKE DEPAN TUE.. KALAU "JAM " PUN DIA BOLEH BERASAP. SITUASINYA SEOLAH2 "CALIPER" TUE KLIP DISC, KEMUDIAN TIDAK LEPAS BALIK. SO, "JAM" LA JADINYA..

RUPA2NYA REVERSE SWITCH TUE TERLETAK DEKAT SEBELAH DALAM TAYAR DEPAN. MEMANG KENA CABUT TAYAR DULU, BARU SENANG NAK TUKAR SWITCH TERSEBUT,

SETELAH AKU MENDAPATKAN "SPARE PART", PAKCIK POMEN PUN MEMULAKAN "OPERATION" NYA..

TAK LAMA KEMUDIAN, SIAPLA...

AKU PERGI BERJUMPA DENGAN ABG. DIN TOKEY MERANGKAP JUGA  PEMILIK BENGKEL.

AKU: BERAPA SEMUANYA BANG..??
ABG DIN: HMM... BAGI LA RM20.

LEBIH KURANG BEGITULA...SELESAI... RM 20 TUE KIRA UPAH SAHAJA. HARGA BARANG AKU BELI DALAM RM46 ++. 

TOTAL DAMAGE= RM 66.++
MASIH JIMAT BERBELANJA BERBANDING PERGI KE "SC" CAMPUR LAGI 6% jie ess tee
NIE LA RUPANYA SWITCH  TERSEBUT....

HOME MADE... EH... MADE IN JAPAN... (KATA TOKEY KEDAI)
P/S: MHN MAAF JIKA ADA SILAP N SALAH...

No comments:

Post a Comment