TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Saturday, 18 October 2014

BEZA KAMERA DSLR VS KAMERA DIGITAL


SALAM MAYA DAN  BERSUA LAGI. 

KALI NIE NAK BERCERITA TENTANG PERBEZAAN DI ANTARA KAMERA DIGITAL  DENGAN KAMERA DIGITAL SLR. SEKALI IMBAS, MUNGKIN DI ANTARA KITA AKAN MENGANGGAP BAHAWA KEDUA-DUANYA ADALAH SAMA. AKAN TETAPI, APABILA KITA MEMAHAMI DARI SEGI FUNGSI DAN KUALITI IMEJ KEDUA-DUA GAMBAR DARIPADA SETIAP JENIS KAMERA TERSEBUT AKAN TERLIHAT LAH PERBEZAANNYA.

CUMA DI SINI SAYA TAK MAHU MENYENTUH PANJANG LEBAR. NANTI PENAT PULA NAK BACA... SAYA AKAN CUBA RINGKAS KAN SEMAMPU MUNGKIN.

BAGI KAMERA DIGITAL SEBENARNYA TERDAPAT DALAM PELBAGAI JENIS DAN VARIASI. KEBIASAANNYA JIKA SPEC SESUATU KAMERA DIGITAL ITU TINGGI, SUDAH PASTI HARGA DAN HASILYA JUGA TINGGI. NAMUN IA JUGA BERGANTUNG KEPADA KEMAHIRAN SESEORANG PENGGUNA ITU JUGA.

BAGI KAMERA DSLR PULA, IANYA BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI SPEC YANG TINGGI. INI DAPAT DILIHAT MENERUSI SAIZ SENSOR YANG ADA PADA KAMERA TERSEBUT. SENSOR BERSAIZ "FULL FRAME" BUKAN FULL CREAME YE ADALAH BERUPAYA MENJANA KUALITI IMEJ YANG TERBAIK. NAMUN, HARGANYA ADALAH MAHAL.


DALAM KATEGORI SENSOR YANG LAIN PULA, SENSOR BERSAIZ APS-C ADALAH YANG KERAP DIGUNAKAN, MALAH TERDAPAT JUGA SESETENGAH MODEL KAMERA DIGITAL VERSI "MIRRORLESS" MENGGUNAKAN SENSOR JENIS INI.  INI KERANA SENSOR IBARAT "MATA" KEPADA KAMERA. JIKA BESAR "MATA" TERSEBUT, MAKA PASTINYA " RUANG LINGKUP YANG DAPAT DI "LIHAT" ATAU DI 'RAKAM" JUGA LEBIH LUAS. LIHAT RAJAH DI BAWAH MENGENAI JENIS-JENIS SENSOR YANG LAIN PULA.
sumber: www.gizmag.com












sumber: www.laesieworks.com


INI LA RUPNYA SENSOR KAMERA TUE.. !! sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/APS-C


BAGI KAMERA DIGITAL BIASA, SAIZ NYA ADALAH 1/2.3" . INI ADALAH KECIL.  KESIMPULANNYA SEMAKIN BESAR SENSOR YANG DIGUNAKAN, KUALITI IMEJ JUGA AKAN SEMAKIN TINGGI. ANDA BOLEH BACA DI PAUTAN INI. 

http://en.wikipedia.org/wiki/Image_sensor_format


PERBEZAAN YANG BERIKUTNYA ADALAH BERKENAAN DENGAN LENSA. BAGI KAMERA DIGITAL YANG BIASA, TIDAK TERMASUK VERSI "MIRRORLESS",
LENSA NYA ADALAH TETAP DAN TIDAK BOLEH DIUBAH. JADI, APABILA DALAM SITUASI TERTENTU, KITA TERPAKSA BERGERAK DENGAN SENDIRI
MENDEKATI ATAU MENJAUHI SUBJEK UNTUK MENDAPATKAN "ANGLE VIEW" YANG SESUAI.

BAGI KAMERA DIGITAL SLR, TERDAPAT BERJENIS-JENIS LENSA YANG DAPAT DIGUNAKAN MENGIKUT KESESUAIAN DAN SITUASI YANG DIPERLUKAN.
NAMUN, SETIAP LENSA MUNGKIN BERHARGA LEBIH MAHAL DARIPADA "BODY" KAMERA DSLR ITU SENDIRI. 


IANYA BERGANTUNG KEPADA INDIVIDU , MINAT DAN KEPERLUAN TERTENTU,  LENSA  YANG DIPERLUKAN SAHAJA BIASANYA DIBELI. LAINLAH JIKA ANDA SEORANG PEKEDAI YANG MENJUAL AKSESORI DAN PERALATAN KAMERA DSLR. SUDAH PASTI BILANGANNYA BANYAK!!! SAYA RASA CUKUP SETAKAT INI DAHULU, MUNGKIN JIKA ADA MASA, SAYA AKAN SAMBUNG LAGI.


P/S: MHN MAAF JIKA BERLAKU KESILAPAN FAKTA DALAM POSTING INI. TQ!!!!

No comments:

Post a Comment