SALAM MAYA…
LAMA JUGA RASANYA AKU TAK BERKESEMPATAN MENCORET
SESUATU DI DALAM BLOG RODA INI. MAKLUMLAH SIBUK SESANGAT. :-)
KEBETULAN PADA SABTU
YANG LEPAS, AKU BERKESEMPATAN UNTUK KE PEKAN PARIT BUNTAR UNTUK BERTANDANGKE
PASAR KEMBOJA YANG "FEMES" TUE.
INILAH BANGUNAN UTAMA PREMIS KOMPLEKS PASAR KEMBOJA TUE... :-) |
YE KE "FEMES."? SELAIN
DARIPADA ITU, AKU JUGA SEMPAT SINGGAH KE SUATU PREMIS PERNIAGAAN YANG BERNAMA KOMPLEKS
PASAR KEMBOJA. PREMIS INI BERBUMBUNG DAN
AGAK LEBIH SELESA, CUMA GERAI-GERAI DI SITU AGAK TERHAD. MUNGKIN KERANA PREMIS
INI MASIH BARU DI BUKA ATAU IANYA MASIH DALAM PROSES UNTUK MENEMPATKAN PARA
PENIAGA.
LOKASINYA
TIDAK BEGITU JAUH DENGAN PASAR RAYA ECONSAVE PARIT BUNTAR. DEPAN ECONSAVE
TERDAPAT SEBUAH BANGUNAN KALAU TAK SILAP.. SELEPAS BANGUNAN TERSEBUT, TERLETAKNYA PREMIS KOMPLEKS PASAR KEMBOJA INI.
DARI
SEGI HARGA, TAK BOLEH NAK KOMEN LAGI LA. SETAKAT YANG AKU TAHU LEBIH MURAH
SEDIKIT SAHAJA DARIPADA "THE REAL PASAR KEMBOJA". KEMUDAHAN PULA,
CUKUP LENGKAP DENGAN TANDAS DAN KEMUDAHAN SURAU. KEPADA YANG INGIN DATANG UNTUK
MEMBELI BELAH JANGAN LUPA SINGGAH YE.
p/s: Mhn Maaf jika ada salah dan silap ye..
No comments:
Post a Comment