UBAT BATUK ---Air limau nipis,
kicap, garam dicampur dan diminum setiap pagi and malam sehingga batuk beransur
pulih. DEMAM
---Petik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air.
Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya ialah dengan
membasahkan kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi
pesakit. UBAT KETIAK ---Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi,
sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.
Lakukan pagi dan petang.UBAT KURUS -----Perahan limau nipis
yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya
biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan
meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan
kemas semula. UBAT
KELEMUMUR ---Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan
yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian
bancuh sebatian lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air
limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar
sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.UBAT PEWANGI RAMBUT ---Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan
ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, barulah cuci hingga bersih. Selain
mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan
menyejukkan kepala.
UBAT PENING KEPALA ---Ambil sebiji limau
kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau
kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair itu ke
arah hidung semasa ia terpancut. UBAT LELAH -----Ambil sesudu madu
asli. Campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus
limau kasturi itu pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah.
Amalkan cara ini seminggu sekali. HILANGKAN MINYAK
PADA BAJU ---Perahkan sebiji limau
kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit
garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena
minyak.Lepas gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak akan
hilang nanti.Akhir sekali, basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam
biasa. MENGILATKAN CERMIN MATA ---Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena
peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata
anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas
bersih kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih
kuat dan jelas lebih lama.
SUMBER& RUJUKAN : http://serenemaklong.blogspot.com/2015/04/khasiat-limau-nipis-limau-kasturi.html
KREDIT KEPADA RAKAN
BLOG : http://serenemaklong.blogspot.com/2015/04/khasiat-limau-nipis-limau-kasturi.html
No comments:
Post a Comment