TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Monday, 21 September 2015

SERVIS KERETA DI HUJUNG TAHUN


SALAM MAYA  & BERTEMU KEMBALI....

Pejam celik x2 ... rupa2nya dah berada di penghujung tahun 2015.. Begitulah cepat nya masa. Sampailah masa nya untuk menservis encik Roda aku.

Berdasarkan rekod2 servis yang lepas.Perkara-perkara yang telah difikirkan untuk di servis pada kali ini ialah mem"flush " dan ganti coolen radiator, menukar minyak enjin dan juga fuel filter. Dalam perkiraan aku kos2 barang tersebut termasuk GST lebih kurang dalam RM80 ( tak termasuk minyak enjin syntium)

Lantas aku cuba menelefon pihak SC  (servis centre) untuk mengkofirmkan  harga dan caj2 lain. Menurut pihak SC kesemua kos barang dan upah berjumlah lebih kurang RM 160 .++  Ada perbezaan  sekali ganda.

Aku pun membuat "booking" dahulu untuk servis tersebut.  Namun harga tersebut masih perlu sedikit perincian kerana masih tidak puas hati.

Aku kemudiannya menelefon lagi SC untuk memperincikan  harga barang dan caj yang akan dkenakan.Ringkasannya lebih kurang seperti dibawah:-

Fuel filter  =  RM 25.54
Radiator Coolen = RM31
Oil Filter & Sundry = 12.22 + 3.00
Upah = 55.00
GST = 7.61

TOTAL = 134.35


Hmm.  rasanya memenuhi bajet.. Lantas  bergerak menuju pusat servis... Sampai  dalam pukul 9.30 pagi. Siap pula lebih kurang 11.30 ++ pagi.. 

Walaupun upahnya sampai RM55.00 namun rasa berbaloi juga kerana  ada lebih satu kerja yang perlu dibuat. Sementara menunggu pula, ada di sediakan kemudahan PC berinternet, wifi & astro. tak lupa juga dapat baca surat khabar metro percuma.. !!!! Ohh ya satu lagi kereta pun telah siap di cuci. Terima kasih di atas segala keselesaan yang memberi tambah nilai kepada RM saya..

TELAH SELAMAT DI SERVIS 




No comments:

Post a Comment