TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday 4 September 2016

KesVirus Zika di Malaysia.

Dipetik daripada blogger http://www.hasrulhassan.com/


" Konfirm, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sahkan bahawa sudah ada 2 kes Zika berlaku di Malaysia. Ia mengesahkan kes kedua virus Zika melibatkan seorang pesakit dari keturunan Dusun. Pesakit lelaki berusia 61 tahun itu adalah dari Taman Awam Jaya Likas, Sabah.

Ketua Pengarah MOH , Datuk Dr Noor Hisham berkata, kes itu yang dikemukakan kepada perhatian kementerian itu pada hari Jumaat (2 September), mungkin jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia.

Kes Zika - Confirm Dah 2 Kes di Malaysia
Keratan Akhbar ..

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusia akaun FB milik Ketua Pengarah Kesihatan itu, kes virus Zika di Likas, Sabah ini boleh menjadi kes virus Zika setempat yang pertama memandangkan pesakit itu tidak mengembara di luar negara baru-baru ini. Pesakit itu mungkin telah digigit oleh nyamuk Aedes dijangkiti Zika.

Pesakit dilaporkan telah demam pada 27 Ogos 2016 dan kemudian mendapatkan rawatan perubatan untuk kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang. Empat hari kemudian, pada 31 Ogos, pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth ( QEH) 2 setelah mengalami demam yang semakin teruk, sakit otot dan cirit-birit.

Informasi terkini diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Singapura pula mengatakan bahawa telah disahkan terdapat 11 rakyat Malaysia mendapat virus Zika ini. 10 daripada pesakit Zika rakyat Malaysia ini tinggal dan bekerja di Singapura, manakala seorang lagi bekerja di Singapura dan menetap di Johor. "

No comments:

Post a Comment