TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 2 April 2017

Test Drive Ertiga 2017



Assalam...

Buat pertama kali ni, Ertiga  akan di pandu uji bagi menaiki jalan Batang Kali - Genting yang sedikit mencabar...

Sedikit review:

Pada hari menaiki Genting tersebut, aku telah cuba memotong ketika di laluan memotong. Prestasi Ertiga tidaklah menghampakan. Berjaya memotong dengan baik. Namun, sewaktu menuruni Genting menuju ke Genting Sempah, baru perasan keadaan handbrake terasa suam-suam panas. 

Ketika menuruni Genting ( bukit) aku cuba mengurangkan penggunaan handbrake, namun keadaan fizikal Ertiga yang aku sifatkan "agak tinggi", membuatkannya  tujahan kedepan lebih laju & perlu menekan brake dengan kadar yang lebih berbanding sebuah kereta yang lebih rendah fizikalnya..

Apabila berhenti seketika di bahu jalan, aku memeriksa brake depan tayar, tidaklah  begitu panas, masih boleh sentuh dengan tangan. :-)   

Begitu juga ketika masukkan gear kadangkala jika buka tingkap terdengar sedikit bunyi ( mcm besi berlaga- mungkin gigi gear atau rod2 berkaitan dengan pacuan gear kot. ketika nak masuk gear jer bunyi)

Bagi gear pula normallah ia panas sedikit sebab kerap guna gear tinggi     (  2 -3)

Cuma ia telah menjadi persoalan kenapa handbrake panas? Adakah di sebabkan ketika aku  memotong, kelajuan meningkat dan memaksa sistem ABS berfungsi dan efeknya handbrake menjadi panas???

Ketika balik, sekali lagi Ertiga dipandu melewati kawasan berbukit Genting.  Pada kali ini, aku lebih berhati2, tidak  "speeding". Meminimakan penggunaan brake.  Hasilnya,  hand brake masih ok, tidak sepanas seperti kali pertama dahulu..

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut permasalahan tersebut, aku membuat appointment dengan pihak SC Proton . 

Lalu, Ertiga di bawa untuk diperiksa.  Oh, ya aku lupa nak bagitau satu lagi masalah yang telah dijumpai, tetapi ianya tidaklah  serius.

Pada lampu depan sebelah kiri,  jika dilihat dengan teliti ianya seakan2 "berlumus" ada bintik2 kecil pada bahagian dalam lampu. ia bukan air atau kabus.  Mungkin kualiti plastik dan seumpamanya.. Lampu depan sebelah kanan, ok je  Clear... ( lupa nak snap gambar. Nanti aku update)


Hasil pemeriksaan pihak SC Proton mendapati :
1.  Handbrake menjadi panas = normal dan tidak serius.( mungkin cara pemanduan) 
2.  Minyak Gear manual =  masih ok dan mencukupi.
3.  lampu depan (kiri) = akan di rujuk kepada pihak atasan, jika boleh claim pihaknya akan telefon.


Rasanya aku nak try tanya pomen Abg. Din, takut jawapan yang diberi mungkin ada  berat sebelah... mana tau kan..?  Sekian sahaja, 

Aik... masuk balik bengkel ni.... 

Jadual rutin servis Ertiga Manual..

No comments:

Post a Comment