TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 18 August 2013

LAGU RAYA KLASIK VS LAGU RAYA MODEN


BERTEMU KEMBALI

SEMALAM SEWAKTU AKU MENGHADAP TV DIRUMAH, TERLIHAT SATU PROGRAM DI TV1, IAITU RANCANGAN AKU, DIA DAN LAGU.  MUNGKIN SECARA KEBETULAN SAHAJA AKU TERTONTON PROGRAM TERSEBUT.

CUMA APA YANG NAK SAYA "BLOG"KAN DI SINI ADALAH TENTANG LAGU-LAGU  RAYA LAMA ATAUPUN LEBIH SESUAI  DI UNGKAPKAN SEBAGAI  "LAGU-LAGU  RAYA KLASIK."

YA, SABAN TAHUN KITA TAK DAPAT ELAK DARIPADA DI DENDANGKAN DENGAN  PELBAGAI LAGU-LAGU RAYA DI MANA-MANA . SAMADA MEDIA TELEVISYEN, RADIO MAHUPUN INTERNET  ATAU DI PASAR RAYA2 TERTENTU KETIKA MENJELANGNYA 1 SHAWAL ATAUPUN DALAM BULAN SHAWAL.


                                            SUMBER:  http://www.youtube.com/watch?v=XRbbE0vNIRc 
                                                          ( LAYANZ :-) ]

LAGU-LAGU RAYA KLASIK MEMANG PENUH DENGAN NOSTALGIA DAN "AURA" NYA YANG TERSENDIRI. DI TAMBAH PULA DENGAN LIRIK YANG PENUH DENGAN NASIHAT2  DAN LAGUNYA YANG INDAH.  SUNGGUHPUN PADA MASA KINI, BEGITU BANYAK LAGU-LAGU RAYA "MODEN" YANG TERCIPTA , IANYA SEOLAH2 BELUM MAMPU MENENGGELAMKAN "AURA" LAGU 2 RAYA KLASIK.   MAAF JIKA ADA YANG MARAH EK. TAPI SEMUA LAGU NIE SEKADAR HIBURAN SAHAJA, JANGAN SAMPAI MELALAIKAN KITA DARIPADA MENGINGATI PENCIPTA KITA PULAK YE. :-)

LAGU-LAGU RAYA KLASIK TERUS MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENDENGAR. NAMUN BEGITU, MUNGKIN  DIANTARA KITA MENGENALI PENYANYI NYA TETAPI TIDAK BEGITU MENGENALI SIAPAKAH PENCIPTA LAGU DAN LIRIK LAGU2 RAYA KLASIK YANG INDAH TERSEBUT. ANTARA MEREKA YANG BANYAK MENGHASILKAN LIRIK & LAGU2 RAYA KLASIK TERSEBUT ADALAH KASSIM MASDOR DAN YUSNOR EF.. 

HMM,  KENAL TAK MEREKA NIE..?  DIBAWAH  ADALAH  PETIKAN DARIPADA SUMBER UTUSAN ONLINE: 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm



 Ciptaan Kassim Masdor diminati

KASSIM Masdor masih kelihatan segak pada usia 73 tahun.


Ramai yang tahu lagu-lagu tersebut dendangan Allahyarham Fazidah Joned, Sanisah Huri dan Allahyarham Datin Rafeah Buang, namun tidak ada yang ambil kisah dengan pencipta lagu tersebut.

Pencipta asal lagu-lagu raya klasik yang tidak jemu didengar hingga hari ini adalah Kassim Masdor yang kini berusia 73 tahun.

Menurut komposer yang berasal dari Singapura itu, lagu-lagu raya itu masih diminati hingga kini kerana seni kata dan melodinya sesuai dengan suasana.

"Bila lagu dan liriknya serasi dengan suasana, barulah pendengar dapat merasai keindahan lagu tersebut, sekali gus dekat di hati," jelasnya.
Komposer yang mula mencipta lagu pada usia 16 tahun dengan lagu Sapu Tangan Tanda Mata, dendangan Allahyarham Puan Sri Saloma  itu berkata, dia tidak kisah jika lagu-lagu ciptaannya dirakam semula oleh generasi muda.

Katanya, jika ramai yang merakam semula, itu tandanya lagu ciptaannya mendapat tempat di hati pendengar.
Bagaimanapun Kassim amat terkilan jika ada penyanyi yang merakam semula lagu ciptaannya dengan menggubah melodi asal.

"Saya seronok kalau orang menyanyi semula lagu ciptaan saya tetapi janganlah sampai merosakkan irama asal. Saya tidak kisah kalau penyanyi itu menyanyi ikut gaya sendiri tanpa perlu meniru gaya penyanyi asal," pintanya.

Menurut Kassim, setiap kali Syawal menjelang, dia hanya beraya bersama lima orang anak dan cucu-cucunya sahaja. 

Dia yang menduda sejak 38 tahun lalu, berkata, hidupnya tidak pernah sunyi dan tidak terlintas untuk berumah tangga lagi kerana sentiasa dikelilingi cucu dan pelbagai kegiatan.

Malah dalam usia sekarang, dia masih diberi tanggungjawab menjadi tenaga pengajar vokal di sebuah kolej swasta di Singapura.

"Saya mengajar para pelajar yang berusia antara 14 hingga 25 tahun yang dipilih daripada uji bakat. Dalam seminggu, saya mengajar selama tiga jam di kelas dan perseorangan.

"Para pelajar ini mesti ada asas seni, barulah boleh mengikuti kelas bimbingan vokal saya ini. Bila tamat belajar dalam tempoh dua bulan, mereka akan diberi sijil," katanya yang masih lagi bermain piano jika diundang mengadakan persembahan.

Teman baik P. Ramlee
Kassim yang merupakan salah seorang perintis anggota kumpulan popular Pancha Sitara yang ditubuhkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berkata, dia banyak belajar daripada Seniman Agong itu.
Ketika ditemui di Saloma Bistro, Jalan Ampang dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini, komposer itu sempat berkongsi cerita lucunya bersama P.Ramlee.

Kata Kassim, P.Ramlee kalau marah matanya sepet dan ketika penggambaran filem Panca Delima, mood seniman itu tidak begitu baik menyebabkan semua pelakon dan krew diam.
"P.Ramlee kalau marah semua orang akan diam. Nak jadi cerita, sewaktu shooting filem Panca Delima, Udo Omar kena berlakon dengan ular sawa. 

"Disebabkan takut dengan P.Ramlee yang sedang marah, dialognya bertukar. Udo sepatutnya sebut "wahai ular, janganlah makan aku" tapi tertukar jadi "wahai aku, janganlah makan ular".

Katanya, daripada kejadian itulah, tercipta dialog "Ani angkat kain hujan, jemuran dah turun" dalam filem Pendekar Bujang Lapok.
Kassim yang sering dilantik sebagai penjaga konti oleh P.Ramlee setiap kali mengarah filem berkata, selain dirinya, S.Sudarmaji, Mustafa Yassin dan Yusoff B adalah di antara mereka yang rapat dengan P.Ramlee.
Menurutnya, setiap seorang daripada mereka ada tugasan masing-masing dan kebolehan mereka itu memudahkan kerja-kerja P.Ramlee.


LAGI SEORANG NIE IALAH YUSNOR EF. SUMBER DIPETIK DARIPADA  BLOG:-
 ( maaf artikel ini dalam bahasa inggeris- klau tak faham sila rujuk kamus ek. :-)


"Having had the opportunity to meet Cikgu Yusnor Ef in 2010, I've been following his tremendous efforts to promote the history and culture of Malaysia and Singapore ever since.
 Cikgu Yusnor Ef is not only a historian and cultural advocate, but also a very prolific lyricist, and has written songs for many of the top artists from Singapore and Malaysia, including Sanisah Huri, Sharifah Aini, Ahmad Jais, A Ramlie and Rahimah Rahim.

 He has written some incredibly informative books in recent years, and also has been awarded many times for his work.

Recently, Cikgu Yusnor Ef asked me to record some interview clips about my own western opinion (and undeniable love) of Malay pop in the 60s.  I completed this video clip a week ago (with help from jlawrva) and sent it to him.. maybe it will end up on Singapore TV as well!  I will certainly post it here if it does!

Below, I am posting 3 videos that I found on Youtube today. The first one is in honor of his recent award, and the second two are from a mini-series which aired on TV1 (in Malay - no subtitles). "

                INILAH ORANGNYA YUSNOF EF. -YANG SUDAH BERUSIA TUE-.

BOLEH LAWATI YOUTUBE DI PAUTAN :   -selagi video belum di padam- :-)






PESANAN RODA79:  DIRI KITA PULA ADALAH CIPTAAN HEBAT  OLEH ALLAH SWT. OLEH ITU  IANYA MENGINSAFI DIRI KITA YANG KERDIL DAN SERBA KEKURANGAN. ALAH SWT LAH SEBAIK2 PENCIPTA.  MOHON MAAF JIKA DALA SILAP DAN SALAH.

No comments:

Post a Comment