BERTEMU KEMBALI,
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, DI KESIBUKAN KITA BERHARI RAYA, MEJAMU SELERA DI RUMAH2 TERBUKA, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAPATKAN FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA 6 DI BULAN SHAWAL YANG MULIA INI.
SELAMAT BERPUASA 6 HARI DI BULAN SHAWAL...
SEKADAR BERKONGSI ILMU ...
Puasa Enam Mendapat Ganjaran Sepanjang Tahun
Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam
untukmenggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah
kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka
pintu langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya
kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulan yang mulia ini juga segala
amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-Nya akan naik secara terus
kepada-Nya.
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langitdibuka…
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899
Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai
umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal
di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan
digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki
dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at,
temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan
lain-lain lagi.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan
umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk
membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia
sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan
tersebut pada baki sebelas bulan lagi.
Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan
peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan
bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya
membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan
yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih
dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita.
Dalil disyari’atkan
ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada
bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan
Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami
bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia
berpuasa sepanjang tahun.
Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa berpuasa enam hari
pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa
fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh
kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran
bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam
hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan
(iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang
sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan
sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.
Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya
adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung
(iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang
ditetapkan oleh para ulamak. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu
Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih
mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan
mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara
berturut-turut mahupun berpisah-pisah.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan
sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan
perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi
shallallahu 'alaihiwasallam yang sabit.
Apa yang lebih utama adalah
menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan
menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa
sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk
mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh
itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di
bulan Syawal ini.
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)
DIPETIK DARIPADA SUMBER:-
http://islamgrid.gov.my/articles/ibadah/puasa_enam.php
SUMBER: https://www.google.com.my/search?gs_rn=25&gs_ri=psy-ab&tok=bJY9EG9WDkHKUOs-P9gDDA&cp=10&gs_id=1w&xhr=t&q=puasa+enam&bav= |
No comments:
Post a Comment