TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Friday, 28 November 2014

PASAR CAMBODIA @ KEMBOJA di M'sia



PASAR KEMBOJA NIE BUKANNYA JAUH PUN DARIPADA  TEMPAT AKU, TERLETAK DI  PERMATANG TOK MAHAT , PARIT BUNTAR. TAK PERLU PERGI KE KEMBOJA.. 

HHEHE…. APA LAGI, JOM… KITA TERJAH…

KALAU KITA RAJIN MENCARI MAKLUMAT, AKAN TERDAPAT BANYAK VERSI PASAR KEMBOJA NIE  DI MALAYSIA. PASAR KEMBOJA YANG BETUL2 “ORIGINAL” MENURUT INFO  YANG AKU TERIMA  ADALAH DI PARIT BUNTAR NIE… HEHE..

APA YANG MENARIKNYA DI PASAR KEMBOJA NIE  IALAH PAKAIAN. TERUTAMA PAKAIAN KAUM HAWA.. PELBAGAI PILIHAN YANG ADA DARIPADA HUJUNG RAMBUT…. SAMPAI LA HUJUNG KAKI… ERK.. PAHAM2 AJE LA

PENDEK KATA  SEMUA BOLEH DAPAT KAT SINI. HARGA PULA MENURUT MEREKA YANG TELAH BERKUNJUNG DI SINI, MEMANG MURAH BERBANDING TEMPAT LAIN.   

AKU TAK BOLEH NAK BAGI CONTOH, KERANA  REZEKI MASING2 TAK SAMA. MUNGKIN ADA YANG DAPAT LEBIH MURAH LAGI DARIPADA AKU. MANA TAU KAN… SO, KEMAHIRAN TAWAR MENAWAR TUE MEMANG PENTING.

PENAT BERJALAN BERDEKATAN DENGAN PASAR KEMBOJA NI  TERDAPAT SEBUAH WARUNG YANG MEE SOP NYA MEMANG PEEH !!! KLAS LA.. TAK KISAH PUN HARGA RM5 SEMANGKUK … JANJI MAKAN KENYANG DAN ENAK….  CARI LAH MESTI JUMPA PUNYA KALAU WARUNG NIE TAK “OFF”..

OH YA LUPA PULA SEWAKTU AKU BERKUNJUNG KE SINI, IALAH PADA HARI SABTU, SAMPAI PULA  LEBIH KURANG PADA PUKUL 9 PAGI LEBIH…   

BERDEKATAN DENGAN PASAR KEMBOJA NIE TERLETAK PULA KERIAN MALL DAN MYDIN PARIT BUNTAR. MEMANG BERBALOI JIKA KE SINI….

MENURUT INFO TERKINI, DI PARIT BUNTAR NIE SUDAH PUN ADA KOMPLEKS KEMBOJA BERDEKATAN DENGAN ECONSAVE. SAYA TAK SEMPAT LA NAK KESITU KERANA KESUNTUKAN MASA. MUNGKIN PADA MASA AKAN DATANG  BOLEH SINGGAH LAGI.. 

SEKIAN DAN MOHON MAAF &TERIMA KASIH SEMUA..


Deretan Kereta Parkir Pasar Kemboja Parit Buntar - Kredit: D_08



Tips beli belah di Pasar Kemboja Parit Buntar, Perak
Laluan utama Pasar Kemboja Parit Buntar - Kredit Foto: Senduduk Kampongku



KREDIT: TERIMA KASIH KEPADA BLOGGER http://www.hasrulhassan.com/  DI ATAS INFO ANDA !!!

No comments:

Post a Comment