TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 23 November 2014

Wiper Silicon ???




Wiper oh wiper…… hmm begitulah tajuk  entry kali  ini. Rasanya kali terakhir aku menukar wiper adalah pada tahun 2012. Ketika itu harga sepasang adalah rm25. Ketika hujan kelmarin, baru aku perasaan yang wiper kereta aku perlu ditukar. Pertamanya, terdengar bunyi “kriuk, kriuk” lebih kurang macamtu la…

Kemudian, ketika aku memeriksa keadaan getah wiper secara fizikal.  Kelihatan getah dah terkoyak.  Memang masa yang tepat untuk menukar wiper baru.  

Di pasaran, terdapat pelbagai jenis wiper. Pilih sahaja yang mana satu.  Mahal ataupun murah. Fungsinya tetap satu iaitu untuk mengelap cermin daripada  kekaburan oleh titisan air hujan.
Cuma yang agak menjadi perhatian adalah wiper jenis silicon. Jenis yang biasa kita jumpa adalah jenis “rubber” atau getah.   

 Secara kebetulan semasa  dalam perjalanan, ternampak peniaga sedang menjual wiper di tepi jalan. Disebabkan  mahu menjimatkan masa terus bersembang sekejap dengan peniaga tersebut, kot2 kalau ok terus tukar je wiper.

Peniaga tersebut sedang membuat promosi jualan. Sepasang wiper silicon dijual dengan harga rm30 termasuk pemasangan.   Harga asal lebih mahal daripada harga yang ditawarkan.  Menurut peniaga tersebut wiper silicon mempunyai ciri2 seperti tahan haba dan mengelap permukaan cermin dengan lebih rata dan sempurna.

 Katanya lagi, sekiranya mahu wiper tahan lebih lama, kena la rajin mengelap kotoran yang terperangkap pada silicon tersebut. Aku lihat, jenama yang tertera pada kotak wiper tersebut adalah “HKS”. Setelah bersetuju,   peniaga tersebut memasang dan setelah selesai aku pun bayar sebanyak rm30. Sehinggaa ke hari ini, kondisinya ok  sahaja. 

Wiper tersebut berkhidmat dengan baik, cuma kadang kala jika permukaan cermin agak kering dan wiper tersebut “on”, akan keluar sedikit bunyi bising. Jika hujan lebat atau basah, barulah tiada bunyi tersebut… sekian sahaja.   Mohon maaf jika ada silap dan salah.

sumber: Mr. goggle.

No comments:

Post a Comment