TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Sunday, 15 February 2015

KAMI SAYANG TOK GURU





 SALAM  MAYA
WALAUPUN TIDAK PERNAH BERSUA MUKA, NAMUN ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ  MERUPAKAN ANTARA TOKOH PEJUANG ISLAM YANG AKU KAGUMI. MALAH AKU PERNAH MENJEJAKKAN KAKI DI PULAU MELAKA, KELANTAN SUATU KETIKA DULU . (RASA RUGI JUGA KERANA KESEMPATAN ITU TIDAK DIGUNAKAN UNTUK BERJUMPA DENGAN ALLAHYARHAM TGNA) AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DAN SEMOGA ROH NYA DI TEMPATKAN DIKALANGAN MEREKA YANG BERIMAN.  AMIN. 




PELITA TUK GURU

Tuk Guru
bak pelita cahaya di Pantai Timur
Sentiasa memancari benakku
Bagai menyembunyikan keperitan
Semacam merahsiakan kesakitan
Demi kebahagiaan anak-anak Kelantanmu

Tuk Guru
Bijaksana sekali pelita ilmumu berbahasa
Urdu, Tamil, Melayu, Arab, Inggeris
Kaya sekali ilmu duniamu
Dari Pakistan sampai Arab
Ditimba untuk rakyat

Tuk Guru
Wajahmu umpama ceria pelita
Gigihmu cekalmu
Kasih sayangmu tanggungjawabmu
Mahupun keimananmu terus terbakar
Terukir di jiwa jantung darul iman

Tuk Guru
Api pelita ilmumu
Terpancar di dalam hatiku
Menerangi iman menyuluhi takwa
Kukuh berlandaskan kitab-Nya

Tuk Guru
Pelitamu terpadam jua
Setelah sekian lama
Membakar diri menerangi
Bumi Wan Siti
Bercahaya sampai bila-bila

Tuk Guru
Memulangkan pelita ilmunya
Kepada Ilahi yang Maha Berkuasa
Meninggalkan kami semua
Kelantan bah air mata
Mengiringi kepergiannya

TAN CL
Jakarta
13.2.2015




ALLAHYARHAM TGNA MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR PADA 12 FEBRUARI 2015.  KREDIT KEPADSAA HARAKAHDAILY DI ATAS GAMBAR2 DI ATAS.



.




P/S : “ APABILA MATINYA ANAK ADAM,  MAKA TERPUTUSLAH SEGALA AMALAN KECUALI SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT DAN ANAK YANG SOLEH”  MUDAH2AN KITA MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK GILIRAN KITA PULA BAKAL DIJEMPUT OLEH ILAHI.






No comments:

Post a Comment