Salam maya & bertemu kembali
Rasanya lama benor tak menghantar "posting" terbaru ke blog roda nie.. Kalau diikutkan ceritanya, hmm banyak cerita yang hendak dicoretkan, namun faktor kesibukan menjadi terhalangnya niat tersebut. Tak mengapalah, cerita lh yang mana sempat. Pada awal bulan ini, aku dah jadualkan untuk membuat "minor service" kat bengkel abg. Din. Spark plug, oil filter dah pun siap dibeli beberapa bulan lepas di pusat servis. Cumanya, masih belum mendapatkan minyak " engine".
Aku dok survey masa terbaik untuk beli minyak engin nie. Macam biasalah, minyak "engine" rasmi aku adalah petronas syntium 800 tue. Cuba telefon kedai spare part yang biasa aku beli. Alamak harganya dah naik sebanyak RM3. menjadi RM 98. Perkara yang membuatkan aku bertambah tak syok tue adalah tiada free gift. Mengikut maklumat yang aku tahu, free gift yang sepatutnya adalah set cawan teh yang menarik. Aku menjadi hairan juga. Kedai yang telah di recognise as autorised delaer pun tak sama macam original punya.
Oleh kerana nak juga free gift tue aku sanggup membayar harga yang mahal sedikit. Aku terus ke stesen minyak petronas, lantas menjumpai free gift tersebut. Harganya agak mahal juga RM118. Puas hati yek.. Kalau nak tengok free gift tue ada gambarnya di bawah tue. Macamana ? cantik kan . Sungguh eksklusif gitu ..
Dah cukup semua spare part untuk buat servis kereta, maka aku mengambil masa lapang cuti sempena thaipusam untuk ke bengkel abg Din. Sampai di bengkel abg. Din dah ada pekerja dan pembantunya untuk berkhidmat..
Kali ni aku perhatikan, cara dia mengeluarkan minyak engin lama ialah dengan menggunakan alat yang boleh "menyedut" minyak hitam tersebut. Maka tak perlulah pelanggan menunggu untuk bagi engin sejuk sebelum skru bawah engin itu dibuka untuk membuang minyak enjin lama. Tak sempat pula aku nak "snap" kan alat penyedut minyak engin tersebut. Itu sahaja untuk kali ini.
Terima kasih semua dan mohon maaf jika tersilap kata dan bahasa ye.
SUNGGUH EKSLUSIF KAN..? :-) |
SAYANGNYA TEKO PULAK TAK DE.. :- ( |
No comments:
Post a Comment