Salam maya,
Bertemu kembali, sebenarnya cerita yang nak di kongsikan ini cerita beberapa minggu yang lepas. Cuma baru kini ada kelapangan untuk di tulis..
Setiap kali kete di parkir di laman rumah, akan terdengar beberapa bunyi yang seperti "" iiing... iiing... "
Lantas, aku membuat kesimpulan bahawa mungkin absorber kete sudah sampai masa untuk di ganti.
Selepas waktu asar aku membawa kete ke bengkel abg. Din yang berhampiran dengan kawasan rumah.
Pelik pula apabila pomen di situ cuba mencari bunyi seperti yang aku dengar tetapi tiada pula.
Hmm, maka en. pomen dan aku cuba meronda sekejap dengan kete untuk mendengar kot2 bunyi itu akan muncul.
Memang xde,,,, maka en. pomen pun menjangkakan mungkin ia berpunca daripada brake disk di bahagian depan. Maka, dia pun cuba membuka brake disk untuk di servis, buang habuk dan melumur minyak gris di bahagian caliper ( ada sebatang rod kecil di bhgn atas). Maaf ye gambar x sempat nak snap...
Kemudian aku pun, meminta en. pomen agar cuba buka kedua-dua brake belakang dan test "free-play" untuk chek samada mempunyai masalah bearing atau tidak. Ok, semua baik2 sahaja.
Selepas mengisi angin tayar secukupnya, maka siaplah servis tersebut dengan kos cuma sebanyak RM10.00 sahaja.. sekian, jumpa lagi...!!!
Lebih kurang cenggini la ghupenye.... kredit kepada http://firestartingautomobil.blogspot.my/ |
No comments:
Post a Comment