Salam maya buat semua..
Semalam punya cerita.Cadangnya lepas subuh nak gerak ke padang berhampiran utk riadah. Tetiba hujan turun agak lebat. Plan tadi terpaksa di tunda. Begitulah kuasa Yang Maha Kuasa. Lalu aku menukar plan lain utk hari semalam. Memandangkan hari tersebut adalah sabtu, Pusat Servis tidak buka untuk temujanji, yang ada walk in .
Melihatkan rekod servis yang sudah agak lama, lalu aku menghidupkan enjin seawal 7 :00 pagi lebih untuk menservis kereta. Kali ini agak aku nak buat servis major . Meter perbatuan menunjukkan 82 +++ km. Antara perkara yang telah dirancang ialah menukar minyak enjin, minyak gear, tukar coolant, tuning enjin, brake inspection & spark plug inspection. Di Pusat Servis ini , di sediakan wifi, cafe ( kupon untuk minum diberi secara percuma), surat khabar, majalah dan juga siaran Astro bagi mengisi waktu menunggu.
Akhirnya, siap juga kereta setelah hampir dua jam lebih "tersadai" di Pusat Servis. Selesai membuat bayaran, pulang dengan lega kerana mggu depan mungkin merancang untuk perjalanan jarak jauh. ( Total cost = RM 274.++ )
Inilah kupon untuk minum... makan kena bayar.. |
Ini la free gift tersebut!! |
No comments:
Post a Comment