Salam maya semua....
Memandangkan ada masa yang sedikit terhad ini, maka dapatlah mencoretkan secebis kisah kehidupan aku..
Sempena cuti Deepavali baru2 ini, setelah menempuh perjalanan yang agak jauh, ketika nak sampai di kampung ini, kedengaran bunyi yang tidak enak di bahagian roda belakang.
Memandangkan kereta ini, baru sahaja selesai di buat major servis baru2 ini, lantas aku tidak menduga apa2 yang serius berkenaan dengan bunyi2 tersebut.
Sehinggalah ketika perjalanan pulang bunyi tersebut semakin kuat persis bunyi roda yang tiada minyak sedang bergesel dengan rod utama. Bunyi besi !!! seng... seng... seng.... begitulah lebih kurang...
Lalu aku pada waktu itu dalam lebuh raya utama terpaksa membelok melalui susur keluar yang berdekatan. Terus mencari kedai2 atau workshop kereta untuk melihat dan membaik pulih punca bunyi tersebut.
Sehinggalah sampai di sebuah kedai tayar, pomen tersebut menguji kereta dan mengatakan kerosakan berpunca daripada bearing!!!
Aku di suruhnya ke workshop yang berhampiran kerana kedai tayar itu tidak ada kelengkapan untuk tujuan menukar bearing... hmmm tukar tayar boleh lah...
Jam menunjukkan sudah hampir 11:00 pagi. Syukurlah aku keluar awal pagi tadi. Sesudah berbincang dengan pormen tersebut, jumlah kesemuanya adalah RM80 + RM30 = Rm110. Aku memilih bearing jenis NtN sama ketika yang aku tukar sebelum ini.
Cepat juga pormen itu melakukan tugasnya, seakan faham aku dalam perjalanan jauh dan masa begitu penting... Maka, hampir pukul 12:00 t/hari siaplah pormen tsb menukar bearing yang rosak.... Syukurlah..
Di sinilah belakunya bunyi2 pelik dan menakutkan itu !!!! hehehe |
Syukurlah... masalah telah selesai.. bahaya masalah bearing nie.. boleh menyebabkan kenderaan kita terbabas kerana pecah dan mengganggu putaran roda... |
No comments:
Post a Comment