TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Saturday, 3 June 2017

Latest MIra Cast Review 2017

..PERANTI MIRA CAST SAYA ...


Salam Ramdhan..

Beberapa bulan yang lepas, saya ada mengatakan untuk membuat sedikit review berkenaan dengan peranti "mira cast" ini.  

Mira cast ni hanya satu jenama  produk untuk membuat casting  mirror daripada Smartphone ke  LCD TV/LCD Projektor.

Bagi smartphone yang mempunyai talian mHL / mikro HDMI, ianya tidak
memerlukan "mira cast" ini, kerana telah tersedia di pasaran kabel2  yang serasi dengannya untuk  penyambungan ke port HDMI di  LCD monitor atau LCD projektor. 

Keperluan untuk menyambungkan "smartphone" ke LCD monitor (tv) atau LCD projektor sangat  penting untuk

1.  Keselesaan menonton Youtube/video/gambar di TV terutama bagi             kanak2 di rumah.

2. Kedapatan banyak fail2 pdf, slide power point dsb yang di simpan di           "smartphone" hasil daripada sharing grup dalam Whatsapp/Telegram        boleh di gunakan sebagai platform presentation / mengajar di
      kelas.

"Mira cast" beroperasi melalui port HDMI di TV/LCD projektor di sambungkan secara signal wifi ke wifi Smartphone. 

 Maksudnya tiada kabel  antara 2 peranti tersebut. Kekuatan signal wifi
akan menentukan kelancaran paparan di LCD/ Tv. 

Maksudnya, kalau kelihatan gambar "tersangkut2 kedudukan "smartphone" dengan peranti "mira cast" perlu lebih dekat. 
( biasanya yang harga rendah  & liputan wifinya terhad sahaja terjadi sedemikian. )

Sebenarnya pengguna boleh memilih pelbagai jenama yang ada di pasaran dengan pelbagai harga  sehingga menjangkau ratusan ringgit. 

Namun, jenama yang saya gunakan ini, iaitu Mira cast, adalah dalam kategori sederhana.  Harganya boleh diperolehi sekitar RM60.00 menerusi atas talian lelong.com.my.

Manakala spesifikasinya adalah seperti berikut. :-

MiraScreen VS Old Ezcast M2 dongle:
NO need install software on the phone
Support IOS 9 while many others miracast not support yet.
Supports Airplay, Miracast, DLNA
Support for Apple IOS9
Added an extra reset button & Switching mode
Come with stronger wifi module - For Stronger Wifi

Setakat ni saya sudah gunakan di LCD TV di rumah ( Jenama LG) &  LCD projektor  di tempat kerja  ( Jenama EPSON) :- semuanya ok, just plug n play , no need software install

Apa yang perlu anda tahu ialah setting Android di Smartphone anda untuk buka kepada "casting  mirror" .  Malah  peranti ipod/ipad juga berjaya di sambungkan ke TV..

Kekurangannya ialah, jarak antara peranti tak boleh begitu jauh & perlu sambungkan USB power untuk "miracast" ini berfungsi . ( boleh guna power bank/plug biasa)


kredit: lelong.com.my 


Sekian sahaja, selamat mencuba & mohon maaf jika ada silap n salah..

No comments:

Post a Comment