TAJUK ATAS WEB BROSER

JavaScript Free Code

Friday, 29 December 2017

" Selamat tahun Baru 2018 "




.##" Selamat tahun Baru 2018 " ###




Salam semua...  betapa cepatnya masa berlalu,... dan blog ini baru berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu sekaligus menjadi helaian terakhir bagi tahun 2017....
Insha Allah beberapa nasihat a.k.a azam baru tahun2018 yang bakal menjelma....

nasihat pertama#
cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

nasihat kedua#
banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

nasihat ketiga#
cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

nasihat keempat#
kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.Ambilah superfood ( quranic food ) yg boleh membantu menyingkirkan radikal bebas / racun dan menyihatkan tubuh kita

nasihat kelima#
jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

nasihat keenam#
biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

nasihat ketujuh#
jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

nasihat kelapan#
banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

nasihat kesembilan#
banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.


Selamat tahun Baru 2017 daripada warga kerja roda79.blogspot.com   
mhn maaf   atas segala salah n silap sepanjang 2017 ini..

kredit : anormala. &  google.com

Sunday, 1 October 2017

Samsung Galaxy J3 Pro




..Samsung Galaxy J3 Pro 2017 ...


Pada Julai 2017  yang lepas pihak Samsung telah melancarkan  model2 baru dalam rangkaian telefon pintar siri Galaxy J Pro yang terdiri daripada J3 Pro J5Pro & J7 pro .

Jika anda perasan, iklan berkenaan model2 tersebut kerapkali muncul di televisyen, Youtube mahupun iklan2 di dalam web.






Sedikit review berkenaan dengan gajet samsung tersebut, berikut adalah spesifikasi yang dirujuk sumbernya daripada gsmarena.com

   samsung_galaxy_j3_(2017)




 





Apa yang boleh di simpulkan oleh saya setelah beberapa bulan menggunakan gajet tersebut ialah...


KEBAIKAN .



1. Kamera belakang beresolusi tinggi ( 13Megapixel) namun perlu jarak tertentu untuk menghasilkan gambar/imej yang cantik.


2. Kamera depan yang sangat sesuai untuk fungsi selfie. ( ada fungsi beauty)


3. Kapasiti bateri yang mencukupi untuk menampung penggunaan


seharian. -2400mAH( whatsapp, telegram, youtube, call dsb.. )


4. Terdapat mode penjimatan bateri yang membolehkan hayat sehingga 2 hari . ( tetapi fungsi tertentu &sgt. terhad)


5. Android Noughat yang sangat kemas dan mudah dikendalikan.


6. Harga yang agak kompetetif dengan model2 yang setaraf dengannya.


7. Body nya di salut metal & skrin kaca 2.5d yang sangat selesa untuk dipegang. ( namun metal di bahagian belakang tidak sepenuhnya)


KEKURANGAN.


1. Tiada perlindungan gorilla glass untuk skreen. ( namun ada promosi jaminan skrin 1+1 year -sehingga 30/9/17 shj . )

2. Bateri yang tidak boleh dibuka.(fixed)


3. Sukar mencari aksesori kerana terlalu baru. ( dilancarkan kira2 pada bulan Julai 2017 yang lepas)


4. Paparan skrin bukan nya IPS/ Super AMOLED. (-hanya HD PLT)

Sekian, sahaja.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam fakta di atas, saya mohon maaf ek..

Saturday, 23 September 2017

Mari Mengira ...




..MAri Mengira & MAtematik ...
Salam  ... sedikit info  berkenaan matematik....  :-)

Berapakah angka kosong (0) untuk 100 ribu trillion?

Jawapannya:

1,000,000,000,000,000,000,000,000,000. (kira sendiri... )

Dan apakah nama angka selepas 100 ribu Trillion?

Dengan pencapaian dunia sains yang semakin maju, perkara tersebut telah cuba dibangkitkan. ia bertujuan menjadikan nombor tersebut sebahagian daripada sistem unit antarabangsa seperti kilo, mega dan giga.

Istilah untuk nombor selepas 100 ribu trillion penting kerana nombor besar seperti itu boleh digunakan dalam bidang sains yang semakin banyak perkiraan. contohnya seperti kiraan jumlah tenaga matahari dalam unit watt, jarak antara galaksi, bilangan atom dalam satu sampel yang besar atau kiraan memori dalam unit bait.

Sebelum ini, nombor itu di cadangkan menggunakan nama "hella" yang membawa maksud "amat banyak". Dalam tahun 1991, jawatankuasa Antarabangsa untuk berat dan ukuran (CIPM) telah mengiktiraf perkataan "Yotta" sebagai nama unit sukatan terbesar setakat ini yang mengandungi 24 sifar.

Jadi, apa istilah sesuai untuk nombor yang mempunyai 24 sifar?

Jawapan: Nama yang hendak diberikan untuk nombor yang mempunyai 24 sifar ialah Octillion.

maka istilah jumlah yang lebih besar untuk nombor yang melebihi 100 ribu trillion adalah Kuadrillion.

Urutan yang diberikan oleh pakar Math saintis: Trillion di ikuti oleh Kuadrillion - Quintillion - Novillion - Decillion.

dan istilah Centillion sendiri diguna pakai untuk nombor yang mempunyai 600 sifar.

Mohon maaf jika ada silap n salah berkenaan fakta di atas...

kredit kepada :  
DilaDellila

Tuesday, 5 September 2017

Taman Botani Shah Alam 2017

Salam maya..

Taman Botani Negara yang terletak di Shah Alam, mmg sesuai untuk aktiviti riadah sekeluarga..
mcm2 ada...  Cuma ada beberapa perkara yang rasanya perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan 
bagi memberikan servis yang terbaik kepada para pengunjung . Antaranya..-

1. Jarak tempat parking dengan pintu masuk / kuanter tiket tersangat lah jauh.... bayangkan jika cuaca hujan, sekiranya tiada cik payung, maka berkuyuplah pakaian kita....

2. Bas yang agak sesak... rasanya boleh tambahkan lagi bilangan bas atau gunakan bas bersaiz 40 orang penumpang...






Sekian  sahaja . Sekadar nak beri sedikit pandangan. Dari segi harga, memang terbaik... tempat pun cantik dengan pelbagai "stesyen" yang pasti memberikan pengalaman dan suasana yang unik ala  floura n fauna..


sekian sahaja, mohon maaf zahir batin, salam eidhul adha 1438H buat muslimin n muslimat...

sila layari   www.tbnsa.gov.my  untuk lebih maklumat berkenaan Tmn. Botani Negara ini.
Adios.. !!!!!

-Roda79-

Friday, 14 July 2017

ASB ONLINE 2017




..ASB ONLINE & 2017 ...

Salam Maya buat semua...


Kepada pemegang2 akaun atau buku pelaburan  ASB, AS1M, ASNB dsb... ( yang seangkatan dengannya)  mulai hujung Julai 2017, pihak ASB akan menggunakan sistem online sepenuhnya secara berperingkatx2 tanpa buku.

Ini bermaksud, walaupun kita mempunyai 2, 3jenis buku pelaburan PNB ( asn, asb , dsb)  mereka akan beri hanya satu nombor akaun (12 digit)  sahaja bagi mewakili kesemua buku2 pelaburan tersebut...  so, buku tidak lagi digunakan sebagai rekod transaksi...  

Sekiranya anda ke mana2 ejen ASNB, samada pejabat pos atau bank2 tertentu untuk berurusan, anda hanya perlu bawa MyKad sebagai penegesahan &  mereka hanya berikan anda cetakan transaksi sahaja. Hmmm ... mudah kan..?

Anda bolehlah  mendaftar di www. myasnb.com.my bagi membolehkan anda melihat segala butiran & rekod transaksi akuan pelaburan anda.

Bagaimana caranya ?

1. Pergi ke mana 2 ejen ASNB - saya cadangkan pergi terus ke pejabat ASNB jika ada atau pilihan kedua ke Maybank. ( pej pos- kdg2 mereka "busy") 

2. So, minta nombor akaun baru 12  dgit . Cth:  123456789012-  mesti 12 nombor.
#Jangan lupa juga minta mereka kemaskini nombor telefon bimbit - ini bagi penghantaran kod pengaktifan online atau TAC

3. Buka tablet/ PC layari laman web www. myasnb.com.my dan bolehlah untuk daftar akauan online ASB/ASN dsb...


SELAMAT MENCUBA & MOHON MAAF JIKA TERDAPAT KESILAPAN DALAM MAKLUMAT YANG DIBERIKAN......


Boleh baca dulu info diportal ini .

saya dah berjaya daftar.... harap anda juga sama.. 








Wednesday, 28 June 2017

SALAM LEBARAN & MAAF ZAHIR BATIN..




..SALAM LEBARAN & MAAF ZAHIR BATIN ...
" Kepada Semua Muslimin & Muslimat saya menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf....

Semoga Shawal 1438H kali ini di raikan dengan penuh kesyukuran & bermakna.. "
Kredit kepada: https://vincentloy.wordpress.com

Saturday, 3 June 2017

Latest MIra Cast Review 2017

..PERANTI MIRA CAST SAYA ...


Salam Ramdhan..

Beberapa bulan yang lepas, saya ada mengatakan untuk membuat sedikit review berkenaan dengan peranti "mira cast" ini.  

Mira cast ni hanya satu jenama  produk untuk membuat casting  mirror daripada Smartphone ke  LCD TV/LCD Projektor.

Bagi smartphone yang mempunyai talian mHL / mikro HDMI, ianya tidak
memerlukan "mira cast" ini, kerana telah tersedia di pasaran kabel2  yang serasi dengannya untuk  penyambungan ke port HDMI di  LCD monitor atau LCD projektor. 

Keperluan untuk menyambungkan "smartphone" ke LCD monitor (tv) atau LCD projektor sangat  penting untuk

1.  Keselesaan menonton Youtube/video/gambar di TV terutama bagi             kanak2 di rumah.

2. Kedapatan banyak fail2 pdf, slide power point dsb yang di simpan di           "smartphone" hasil daripada sharing grup dalam Whatsapp/Telegram        boleh di gunakan sebagai platform presentation / mengajar di
      kelas.

"Mira cast" beroperasi melalui port HDMI di TV/LCD projektor di sambungkan secara signal wifi ke wifi Smartphone. 

 Maksudnya tiada kabel  antara 2 peranti tersebut. Kekuatan signal wifi
akan menentukan kelancaran paparan di LCD/ Tv. 

Maksudnya, kalau kelihatan gambar "tersangkut2 kedudukan "smartphone" dengan peranti "mira cast" perlu lebih dekat. 
( biasanya yang harga rendah  & liputan wifinya terhad sahaja terjadi sedemikian. )

Sebenarnya pengguna boleh memilih pelbagai jenama yang ada di pasaran dengan pelbagai harga  sehingga menjangkau ratusan ringgit. 

Namun, jenama yang saya gunakan ini, iaitu Mira cast, adalah dalam kategori sederhana.  Harganya boleh diperolehi sekitar RM60.00 menerusi atas talian lelong.com.my.

Manakala spesifikasinya adalah seperti berikut. :-

MiraScreen VS Old Ezcast M2 dongle:
NO need install software on the phone
Support IOS 9 while many others miracast not support yet.
Supports Airplay, Miracast, DLNA
Support for Apple IOS9
Added an extra reset button & Switching mode
Come with stronger wifi module - For Stronger Wifi

Setakat ni saya sudah gunakan di LCD TV di rumah ( Jenama LG) &  LCD projektor  di tempat kerja  ( Jenama EPSON) :- semuanya ok, just plug n play , no need software install

Apa yang perlu anda tahu ialah setting Android di Smartphone anda untuk buka kepada "casting  mirror" .  Malah  peranti ipod/ipad juga berjaya di sambungkan ke TV..

Kekurangannya ialah, jarak antara peranti tak boleh begitu jauh & perlu sambungkan USB power untuk "miracast" ini berfungsi . ( boleh guna power bank/plug biasa)


kredit: lelong.com.my 


Sekian sahaja, selamat mencuba & mohon maaf jika ada silap n salah..

Tuesday, 30 May 2017

IKLAN NUFFNANG HILANG LAGI !!

..IKLAN NUFFNANG HILANG DI BLOG SAYA ! ...
Salam maya...

Pagi2 nie dah start masukkan 1x entry dalam posting ini..  Sewaktu masih ada sedikit masa untuk mengemas-ngemas  blog roda yang dah sekian lama terbiar ini, terlintas untuk check akuan Nuffnang..

Kelihatan iklan Nuffnang nie sudah "menghilang" sekian lama di paparan blog saya ini. Lalu saya mengesyaki ada "bugs" atau masalah ... Saya cuba mendelete satu2 kod2 html/Java yang ada di paparan admin untuk mengesan Kod2 "jahat" yang telah menghalang iklan Nuffnang daripada terpapar di ruangan blog saya.. ( lupa nak snap contoh kod tsb)


Akhir nya berjumpa dengan satu kod html/ Java yang nampak macam agak pelik sedikit, sebaik sahaja ianya  telah di delete, iklan Nuffnang muncul terpapar dengan cerianya..!!!!  sedikit perkongsian.Kot-kot ada rakan blogger yang menghadapi  masalah yang sama.. bolehlah mencuba ye !! Tq




Saturday, 27 May 2017


Salam Maya
Sempena bulan Ramadhan yang mulia, saya mengucapkan selamat berpuasa buat muslimin  dan
muslimat. Semoga bulan ini di jadikan peluang untuk meraih sebanyak mungkin kebaikan dunia
& akhirat buat kita.... Ku pohon ampun & maaf  dan Selamat beribadah...

- admin roda79.blogspot.my -


Sunday, 30 April 2017

Microsoft Crazy Facts

Salam maya... 
Cuma nak berkongsi info berikut dengan rakan blogger....

MAGIC #1 
Nobody can create a FOLDER anywhere on the computer which can be named as "CON". This is something pretty cool... and unbelievable. .. At Microsoft the whole Team, couldn't answer why this happened! TRY IT NOW, IT WILL NOT CREATE "CON" FOLDER 


Terjemahan: Anda tidak dapat membuat folder yang bernama CON dalam MS Windows... cuba jika tak percaya......

MAGIC #2 
This is something pretty cool and neat... and unbelievable. .. At Microsoft the whole Team, including Bill Gates, couldn't answer why this happened! Try it out yourself... 
Open Microsoft Word and type 
=rand (200, 99) 
And then press ENTER 


Terjemahan:  Cuba anda buka Microsoft Word dan taip perkara berikut

                                =rand (200, 99)      -> Kemudian tekan   ENTER




Mohon maaf jika ada silap & salah.... 
kredit kepada : DilaDellila

Sunday, 16 April 2017

ethno Valley



Salam Maya semua....

Mungkin ada diantara kita pernah dengar tempat yang bernam Ethno Valley nie.. Kalau masih ada yang belum tahu, ok saya akan ceritakan sedikit di ruangan ini. Selebihnya anda kene datang dan lihat sendiri... ye tak...? baru lah ada Umph... !!!! 

Terletak di kawasan Bukit Gantang, Taiping Perak.  Sekiranya anda daripada Lebuh raya Utara -Selatan, anda perlu ambil susur  keluar di Exit Changkat Jering...    Eh, sekarang kan ada Waze & GPS bagai tue kan..? search sahaja tempat tersebut , pasti lebih mudah di cari...

Apa yang menariknya di Ethno Valley ni  ialah  suasana yang unik dan memenuhi keperluan percutian sekeluarga. Contohnya di sediakan chalet, aktiviti menaiki kuda, memberi ikan makan, zoo mini, minuman herba percuma, gerai menjual pelbagai herba asli !!! 


Kredit kepada rakan blogger http://ipohtaiping.blogspot.my/
anatara sudut "unik" di ethno Valley...

Lapang sasar bagi aktiviti memanah & menunggang kuda

Minum puasx2.. it's free maa...

Sunday, 2 April 2017

Sambung Smartphone ke TV ( LCD/LED/SMART TV)

Salam  maya....


Hmmm sekarang ramai yang menyambungkan smartphone ke  TV menggunakan wireless technology...
macam2 brand yang ada. 

Antara yang famous adalah Chrome Cast, Screen Beam, Roku . Harga pun berbeza2... ada yang  semurah RM51 hingga RM 6++ . Boleh  tengok di Lazada. 

Oh ya, ia bukan sahaja boleh sambung ke TV, malah ke projektor LCD. 

saya tengah survey dan nak buat review nanti. Insha Allah...



Sa

Test Drive Ertiga 2017



Assalam...

Buat pertama kali ni, Ertiga  akan di pandu uji bagi menaiki jalan Batang Kali - Genting yang sedikit mencabar...

Sedikit review:

Pada hari menaiki Genting tersebut, aku telah cuba memotong ketika di laluan memotong. Prestasi Ertiga tidaklah menghampakan. Berjaya memotong dengan baik. Namun, sewaktu menuruni Genting menuju ke Genting Sempah, baru perasan keadaan handbrake terasa suam-suam panas. 

Ketika menuruni Genting ( bukit) aku cuba mengurangkan penggunaan handbrake, namun keadaan fizikal Ertiga yang aku sifatkan "agak tinggi", membuatkannya  tujahan kedepan lebih laju & perlu menekan brake dengan kadar yang lebih berbanding sebuah kereta yang lebih rendah fizikalnya..

Apabila berhenti seketika di bahu jalan, aku memeriksa brake depan tayar, tidaklah  begitu panas, masih boleh sentuh dengan tangan. :-)   

Begitu juga ketika masukkan gear kadangkala jika buka tingkap terdengar sedikit bunyi ( mcm besi berlaga- mungkin gigi gear atau rod2 berkaitan dengan pacuan gear kot. ketika nak masuk gear jer bunyi)

Bagi gear pula normallah ia panas sedikit sebab kerap guna gear tinggi     (  2 -3)

Cuma ia telah menjadi persoalan kenapa handbrake panas? Adakah di sebabkan ketika aku  memotong, kelajuan meningkat dan memaksa sistem ABS berfungsi dan efeknya handbrake menjadi panas???

Ketika balik, sekali lagi Ertiga dipandu melewati kawasan berbukit Genting.  Pada kali ini, aku lebih berhati2, tidak  "speeding". Meminimakan penggunaan brake.  Hasilnya,  hand brake masih ok, tidak sepanas seperti kali pertama dahulu..

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut permasalahan tersebut, aku membuat appointment dengan pihak SC Proton . 

Lalu, Ertiga di bawa untuk diperiksa.  Oh, ya aku lupa nak bagitau satu lagi masalah yang telah dijumpai, tetapi ianya tidaklah  serius.

Pada lampu depan sebelah kiri,  jika dilihat dengan teliti ianya seakan2 "berlumus" ada bintik2 kecil pada bahagian dalam lampu. ia bukan air atau kabus.  Mungkin kualiti plastik dan seumpamanya.. Lampu depan sebelah kanan, ok je  Clear... ( lupa nak snap gambar. Nanti aku update)


Hasil pemeriksaan pihak SC Proton mendapati :
1.  Handbrake menjadi panas = normal dan tidak serius.( mungkin cara pemanduan) 
2.  Minyak Gear manual =  masih ok dan mencukupi.
3.  lampu depan (kiri) = akan di rujuk kepada pihak atasan, jika boleh claim pihaknya akan telefon.


Rasanya aku nak try tanya pomen Abg. Din, takut jawapan yang diberi mungkin ada  berat sebelah... mana tau kan..?  Sekian sahaja, 

Aik... masuk balik bengkel ni.... 

Jadual rutin servis Ertiga Manual..

Tuesday, 21 March 2017

Minyak Engine


Mengikut yang tertera di dalam buku manual kenderaan,  minyak 0W/20 adalah gred yang  sangat di "recommend"kan kepada pengguna. kemudian diiikuti 5W/30. Masalahnya ialah tak banyak pengeluar minyak engine yang comply dengan  0W/20 tue.. 

Contoh yang ada ialah  "Castrol Magnetic Start Stop", ia ada di jual secara online & minyak ini adalah  0W/20. 

Tetapi,minyak Castrol ini tidak ada pula dalam senarai pilihan di pusat servis tersebut.  Cuma yang ada untuk di pilih samada Mobil atau Petronas 

Sehinggalah ketika saya nak tukar pusat servis, saya cuba bertanyakan tentang minyak engin kepada  servis advisor tsb.  Menurutnya mereka hanya menggunakan jenama Petronas sahaja.  Pilihan yang paling sesuai adalah Petronas Syntium 3000 SE . ( 5W/30)

Dalam hati terdetik,  sejak bila ada minyak petronas SE nie??  ,, lalu terbaca sedikit fakta tentangnya di paultan.org


Rupanya minyak ini  baru dilancarkan pada tahun 2016 yang lepas. Minyak ini memang di reka khusus untuk pengguna kereta jenama Proton.   Patutlah 5W/30... rasanya jika Petronas Syntium 3000 yang bukan SE  5W/40...

Ada hikmah kenapa saat2 akhir kena tukar pusat servis.  :-)  :-)

Hanya terdapat di Proton Servis Sahaja !!!


Friday, 24 February 2017

Yes Altitude 2017


Sebuah smartphone mampu milik yang memiliki ciri2 yang di perlukan ... Harga? 

Hmmm buat masa ni harganya setinggi RM399. tidak termasuk pakej pelan data. 

Tapi jika anda mengambil pelan data seperti promosi di bawah, telefon ini akan diberi secara percuma !!!



.. tertakluk kepada perubahan  terkini

Maklumat spesifikasi:-

Device specs:
  • Chipset: Qualcomm MSM8916
  • CPU: Quad core 1.0 GHz
  • AndroidTM 5.1
  • Dimension: 142 x 72 x 8.7mm
  • 5" HD IPS On-Cell Display
  • 8MP F/2.0 rear camera + 2MP front camera
  • 1GB RAM + 8GB ROM
  • Micro USB port
  • Micro SD card up to 32GB
  • High capacity 2,300 mAh battery
  • Dual SIM (Micro SIM)
  • 3.5mm CTIA earphone
  • Maklumat ini diambilsumbernya daripada pautan :  https://www.yes.my/altitude

Friday, 17 February 2017

Proton 2017 with Yes Altitude





Salam bertemu kembali....

Sedikit entry untuk kali ini..


Pada petang (17/2/2017) tadi menerima panggilan telefon daripada En. Adi, sale advisor proton


Pada mulanya aku menyangkakan dia nak maklumkan duit claim NCD insurans hari tu

dah masuk..

Ohh, silap dia nak maklumkan bahawa aku mendapat sebuah telefon Yes Altitude pemberian daripada pihak proton sempena pembelian kereta proton kelmarin. alhamdulillah...


Telefon free, siapa tak mau kan..?   Melihatkan spec telefon tsb, ianya agak berbaloi, 8Megapixel  kamera di belakang, memori sebanyak 1Gb, Storan 8Gb hmmm ... apa lagi ye..? boleh google cari..


Bertambah berbaloi lagi apabila turut disertakan dengan pelan data sebanyak 16Gb selama setahun !!!


so,   tak payah beli data la lepas ni... jimat lagi...  Pelan pre paid tsb akan automatik renew setiap bulan ( menurut kata En. Adi )sehinggalah Feb 2018 ... waktu tu dah kira tamat ler...


Itulah rezeki petang jumaat nie...  alhamdulillah sekali lagi...


Di bawah ini, ada picture tsb,..  
Ini lah ghupa nya .... TQVM

Saturday, 28 January 2017

Banjir 2017



Pada  bulan Januari 2017 ini ,kita telah  menyaksikan kejadian banjir telah berlaku di negeri2 di semenanjung Malaysia. 

Bagi mendapatkan info mengenai paras air sungai di negeri2 di malaysia , kita bolehlah  melayari portal berikut:

 http://publicinfobanjir.water.gov.my/  


semoga ianya dapat memberi manfaat dan maklumat buat kita .

http://publicinfobanjir.water.gov.my/View/OnlineFloodInfo/PublicWaterLevel.aspx?scode=PHG

Sunday, 22 January 2017

Tazkirah Awal Tahun 2017


Semakin lama, umur semakin meningkat mengingatkan saya tempat yang bakal di tempuhi untuk alam yang seterusnya.... Ya Rabb Ampuni lah daku...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali: 

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya: 

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. 
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. 
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. 

"Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu: 

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. 

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. 

Orang Yang Tidak Melakukan Solat: 


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Ihsan google..


Mohon Maaf di atas silap dan salah...